SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia, berkata syarikat itu mahu mencari rakan kongsi dan bukannya persaingan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Tan Sri Tony Fernandes dalam hantaran Twitter terbaharunya berkata, pengawal selia dan operator lapangan terbang itu sepatutnya menyokong pemegang kepentingan - syarikat penerbangan dan penumpang - dengan layanan adil.
"Kami hanya mahu Malaysia Airports memahami model kami dan membantu. Bantu kami wujudkan lebih banyak pekerjaan. Kami adalah syarikat penerbangan tambang rendah, pelanggan terbesarnya.
"Selama 18 tahun kami hanya meminta untuk menjadi rakan lapangan terbang. Seperti kedudukan kami dengan GE Aviation, Airbus atau Credit Suisse Group AG," katanya.
Fernandes juga mengulangi kekeliruannya mengenai caj perkhidmatan penumpang (PSC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang sama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau percaya kadar itu 'tidak adil' memandangkan ketiga-tiga lapangan terbang itu mempunyai kemudahan dan perkhidmatan yang berbeza, selain keadaan Gate di klia2 yang tidak selesa yang sepatutnya diberikan pertimbangan daripada mengenakan cukai lapangan terbang yang sama.
"Mavcom sepatutnya menjaga kepentingan penumpang," katanya.
"Cukai lapangan terbang yang tidak adil kepada penumpang kami. Tiada kawal selia di lapangan terbang? Lebih buruk, setiap penumpang (perlu) membayar RM1 setiap kali terbang supaya Mavcom boleh ada bajet!" tambah beliau lagi. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2019

Tony Fernandes berharap pihak berkuasa hanya memahami kepentingan perkhidmatan AirAsia pada pelanggan-pelanggan. - Gambar fail

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Lelaki mengaku 'Datuk Seri' ditahan kerana ugut polis
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Berdepan kesan psikologi, Jepun minta China henti ujian calitan dubur terhadap rakyatnya
Ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan sedalam tiga hingga enam sentimeter ke dalam rektum untuk mendapatkan sampel.

AWANI Ringkas: Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo Bee Yin | Tabung Haji umum agihan keuntungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

AirAsia mahu kerjasama, bukan saingan - Tony Fenandes
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, berkata syarikat itu mahu mencari rakan kongsi dan bukannya persaingan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd serta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.