awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia Malaysia mansuh pemakaian pelitup muka dalam penerbangan

Bernama
Bernama
29/09/2022
09:37 MYT
AirAsia Malaysia mansuh pemakaian pelitup muka dalam penerbangan
AirAsia Malaysia (AK) hari ini mengumumkan pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta berikutan pengumuman kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaiannya dalam penerbangan. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: AirAsia Malaysia (AK) hari ini mengumumkan pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta berikutan pengumuman kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaiannya dalam penerbangan.
AK dalam kenyataan memaklumkan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan adalah pilihan penumpang, kecuali mereka melakukan perjalanan ke atau dari destinasi yang memerlukan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam.
Bagaimanapun, penumpang yang ingin memakai pelitup muka semasa dalam penerbangan boleh terus berbuat demikian.
"Semua pesawat kami dilengkapi penapis HEPA yang mampu menghapuskan 99.99 peratus zarah habuk dan bahan cemar bawaan udara termasuk virus dan bakteria.
"Udara kabin disegarkan sepenuhnya setiap tiga minit untuk memastikan kualiti udara adalah pada tahap maksimum sepanjang penerbangan," menurut kenyataan itu.
Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang berkuat kuasa serta-merta selepas mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#pelitup muka
#pesawat
#penerbangan
#kapal terbang
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan