AirAsia sambung semula penerbangan Kuala Lumpur ke Singapura hari ini bagi bagi tujuan pelancongan dan rasmi berikutan pelaksanaan skim laluan hijau timbal balik (RGL) oleh kedua-dua negara.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata kedua-dua negara telah mengambil usaha yang berterusan dalam menangani penyebaran COVID-19, dan RGL merupakan langkah pertama ke arah memulihkan ekonomi, terutama bagi mereka yang mempunyai keperluan perjalanan yang penting di antara Singapura dan Malaysia.
"Kami tidak sabar-sabar untuk melihat lebih banyak 'zon perjalanan' dan 'laluan hijau' yang terbentuk di antara negara yang mempunyai kadar jangkitan yang rendah atau kes aktif termasuk sistem pembendungan penyakit yang terbukti bagi memudahkan keperluan perjalanan udara.
"Pada masa yang sama, kami menggesa semua pelanggan agar mematuhi peraturan yang diperlukan dan mengikut langkah keselamatan untuk penerbangan yang selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penerbangan ini telah berlepas dari klia2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 11.50 pagi tadi dan pulang semula klia2 pada 2.35 petang.
AirAsia akan terus mengkaji kesesuaian untuk memperkenalkan lebih banyak frekuensi penerbangan antara kedua-dua negara.
"AirAsia mengingatkan pelanggan mengenai keperluan perjalanan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara di bawah skim RGL, semua pelanggan yang masuk dan keluar untuk urusan perniagaan serta perjalanan rasmi antara Malaysia dan Singapura melalui RGL dikehendaki menyemak kelayakan dan keperluan perjalanan mereka sebelum berlepas mengikut jadual mereka," katanya.
Maklumat lanjut mengenai perkara tersebut boleh dibaca melalui di halaman Keperluan Perjalanan AirAsia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020

AirAsia akan terus mengkaji kesesuaian untuk memperkenalkan lebih banyak frekuensi penerbangan antara kedua-dua negara.

Vaksin | KKM harap NPRA beri kelulusan dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memberikan kelulusan bersyarat dalam masa terdekat kepada empat lagi syarikat pengeluar vaksin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin berkenaan Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); CanSinoBIO; AstraZeneca; serta Sputnik V masih dalam penilaian NPRA, setakat ini.

COVID-19: Penularan di AS masih membimbangkan
Ketua Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat memaklumkan peningkatan jumlah kes sembuh COVID-19 baru-baru ini mungkin akan terhenti. Dr rochelle walensky menjelaskan, CDC kini masih meneliti data kes COVID-19 yang dilaporkan sejak tiga hari lalu.

SPM | Jadual peperiksaan sesi petang dilewatkan 15 minit
Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan.

Kes Bunuh Khashoggi | Putera Mahkota Arab Saudi arah pembunuhan
Pembunuhan Kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi pada 2018, diarahkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman. Perkara itu didedahkan menerusi laporan risikan yang diterbitkan Amerika Syarikat.

AWANI Ringkas: Polis buru Bob Mah Sing | Malaysia capai imuniti kelompok dalam enam bulan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Putera Mohammed Salman arah Khashoggi dibunuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Malaysia terima vaksin Sinovac hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pembunuhan Khashoggi: Arab Saudi dakwa laporan risikan AS palsu, tidak boleh diterima
Arab Saudi menolak sepenuhnya laporan risikan Amerika Syarikat pada Jumaat yang mendakwa Putera Mahkota Raja Arab, Raja Mohammed Salman mengarahkan pembunuhan Jamal Khashoggi.

AS dakwa pembunuhan Khashoggi dirancang Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mohammed Salman didakwa meluluskan rancangan untuk menangkap atau membunuh Khashoggi yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Keputusan kewangan korporat yang lebih baik dorong Bursa dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.07 mata atau 0.77 peratus kepada 1,577.12 daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.

AirAsia X beri amaran orang ramai waspada mesej penipuan di WhatsApp
Modus operandi meminta penerima untuk membuat bayaran ke dalam akaun yang dikatakan milik salah sebuah syarikat pengurusan kredit.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Saham MAHB naik 3.8 peratus berikutan trafik penumpang meningkat tiga kali ganda pada Dis 2020
Pergerakan penumpang pada Disember 2020 yang positif membantu mendorong saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) naik 3.8 peratus pada 11 pagi.

PKP 2.0: Penerbangan domestik AirAsia kekal beroperasi, kebenaran PDRM diperlukan
Menurut kenyataan syarikat penerbangan tambang murah itu, tiada perubahan untuk penerbangan dari tempoh 13 sehingga 26 Januari ini.

Sarawak desak AirAsia bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Lee Kim Shin
JPBNS dan Kementerian Pengangkutan Sarawak memberi perhatian khusus kepada perancangan dan kekerapan penerbangan ke Sarawak dari Sabah, kerana mengambil kira keadaan semasa COVID-19 di negeri itu.

AirAsia Group jual kepentingan 32.7 peratus AirAsia India pada RM152.6 juta
AAIL hari ini memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan TSL dari India, yang sudah pun memiliki 51 peratus kepentingan dalam AAI.

Lima NGO terima sumbangan RM750,000 meskipun perlawanan skuasy amal ditunda
Sumbangan sejumlah RM750,000 yang dikumpul menerusi perlawanan skuasy amal Battle of the Bulge diserahkan kepada lima NGO yang aktif membantu golongan kurang berkemampuan sejak pandemik COVID-19.

Keuntungan saham perbankan, Top Glove lonjakkan bursa untuk ditutup tinggi
Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.86 mata untuk ditutup pada 1,654.39.

Keputusan langkah penstrukturan semula hutang AirAsia X dijangka diketahui 30 Jun 2021
AirAsia X Bhd jangka keputusan skim pengaturan yang sedang dilaksanakan di bawah langkah penstrukturan semula hutangnya untuk menyuntik ekuiti baharu, hanya akan diketahui menjelang akhir Jun depan.