awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airbus: Nilai pasaran perkhidmatan pesawat komersial meningkat dua kali ganda menjelang 2041

Bernama
Bernama
07/10/2022
04:20 MYT
Airbus: Nilai pasaran perkhidmatan pesawat komersial meningkat dua kali ganda menjelang 2041
Pengeluar pesawat itu berkata, bilangan orang yang bekerja dalam perkhidmatan penerbangan dijangka meningkat sebanyak dua juta lagi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran perkhidmatan pesawat komersial dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik pada 2023 dan mencatatkan nilai lebih dua kali ganda daripada AS$95 bilion (AS$1=RM4.64) pada masa ini kepada lebih AS$230 bilion pada 2041, demikian menurut Unjuran Perkhidmatan Global (GSF) Airbus yang terkini.
Pengeluar pesawat itu berkata dengan itu, bilangan orang yang bekerja dalam perkhidmatan penerbangan dijangka meningkat sebanyak dua juta lagi.
"Operasi pendigitalan dan penyelenggaraan yang dipercepatkan serta bahagian yang lebih tinggi bagi pesawat generasi terbaharu dalam perkhidmatan akan menjuruskan kepada keperluan besar untuk kemahiran baharu dan penciptaan pekerjaan.
"Ini adalah bagi memanfaatkan alat dan cara kerja baharu untuk meningkatkan lagi kecekapan sektor kami, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan," kata Naib Presiden Eksekutif Program dan Perkhidmatan Airbus, Philippe Mhun.
Menurut Airbus, kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 3.7 peratus akan membawa kepada peningkatan lebih daripada dua kali ganda dalam nilai pasaran perkhidmatan dalam tempoh dua dekad akan datang, dengan permintaan yang lebih besar daripada sebelumnya untuk buruh berkemahiran tinggi - 585,000 juruterbang baharu, 640,000 juruteknik baharu dan 875,000 kru kabin baharu.
"Memandangkan pengendali lebih menumpukan pada perniagaan teras mereka, perkhidmatan untuk menambah baik ketersediaan dan kecekapan pesawat akan lebih dibuat secara penyumberan luar, meningkatkan pasaran bagi penyedia tersebut.
"Perkhidmatan ini akan didorong oleh kemampanan dan digerakkan oleh pendigitalan, kesalinghubungan dan inovasi, untuk memaksimumkan kecekapan dalam menyokong cita-cita sifar bersih CO2," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan pesawat
#Airbus
#penerbangan
#pesawat komersial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan