PUTRAJAYA: Ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.
"Sebagai menteri agama, saya memandang serius terhadap ajaran ini. Saya arahkan semua agensi di bawah saya untuk memantau ajaran di media sosial.
"Sudah tentu pihak kami mahu kandungan seumpama ini diturunkan sebab tidak mahu generasi muda dan pengguna media sosial terpengaruh dengan ajaran ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga MADANI di sini hari ini.
Beliau berkata langkah bagi menurunkan kandungan ajaran The Ahmadi di media sosial itu telah dibincangkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kalau dibiarkan, ada yang cetek ilmu agama akan mudah kagum apabila individu yang bersiaran secara langsung di media sosial guna perkataan dalam Bahasa Arab. Kita bimbang penonton menyanjung tinggi dan senang terpengaruh.
"Sebab ada dalam kalangan masyarakat kita apabila dengar ada yang guna istilah Bahasa Arab, mereka akan fikir ini 'tok guru'. Ini yang kita tidak mahu tengok ia berlaku dalam masyarakat," katanya.
Tular di media sosial mengenai akaun TikTok dipercayai milik bishop atau ketua ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace yang mempunyai lebih 30,000 pengikut dan mendapat sambutan apabila pemilik akaun itu menggunakan aplikasi TikTok live atau siaran langsung.
Ditanya keperluan menambah penempatan kader (pegawai hal ehwal agama Islam) di MCMC, Mohd Na'im berkata pihaknya sentiasa bersedia untuk tujuan itu bagi memastikan matlamat utama iaitu membanteras penyebaran ajaran sesat melalui media sosial tercapai.
Mengakui terdapat keperluan untuk menambah jumlah penempatan kader di MCMC, beliau berkata faktor perkembangan teknologi ketika ini menuntut semua pihak untuk bergerak pantas menangani atau menyelesaikan sebarang situasi termasuk menjaga kesucian agama Islam.
"Kalau dahulu ajaran seumpama ini disebarkan secara fizikal...mudah untuk pihak berkuasa jejak, tetapi sekarang melalui media sosial. Ini cabaran kita tetapi insya-Allah dengan kerjasama mantap dengan MCMC dan PDRM, saya yakin kita mampu untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang bahaya ajaran The Ahmadi ini," katanya.
Pada 21 Julai lepas, Mohd Na'im dilaporkan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menempatkan seorang kader di MCMC, bagi membantu suruhanjaya itu memantau sebarang bentuk hantaran berkaitan ajaran sesat di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Mohd Na'im (foto) berkata pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh. -Gambar fail/Bernama
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Asmadi berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah.
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.
Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
Cubaan hidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin dalam perhatian
Ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.
Falsafah 'Ahmadi' jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM
Mohamed Azam berkata, ajaran tersebut tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis.
Ajaran sesat 'The Ahmadi': PDRM ambil tindakan jika ancam, ganggu ketenteraman - Saifuddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan lanjut sekiranya wujud ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman awam.