KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan seorang wanita dikenali sebagai 'Sittah Annur' yang dikaitkan dengan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), semalam.
Menurut sumber, sepasukan anggota polis mengambil keterangan Sittah Annur atau nama sebenarnya Masitah Ab. Jalar di rumahnya di Selangor.
Sumber berkata selain Sittah Annur, suaminya dan pengikut-pengikut rapatnya turut dirakam percakapan dan keterangan bagi meneliti dan memastikan kebenaran pelbagai dakwaan yang dibuatnya.
"Namun, adalah jelas bahawa tindakan beliau ini telah menimbulkan kegusaran umum dan mengganggu-gugat ketenteraman awam serta boleh dikenakan tindakan keras di bawah undang-undang yang berkaitan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata setakat ini, perhubungan wanita itu dengan para pengikutnya adalah secara maya (melalui media sosial) dan tiada pertemuan secara fizikal.
Sumber berkata pihaknya juga telah mengenal pasti identiti sebenar Sittah Annur dan sedang memantau pergerakannya.
BACA: Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur
Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.
Wanita berkenaan juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.
Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan isu dan kegiatan wanita berkenaan masih dalam kawalan dan PDRM tidak boleh terburu-buru ketika melakukan siasatan kerana perlu mengumpul maklumat lengkap serta siasatan yang melibatkan jabatan lain termasuk jabatan agama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Menurut polis, tindakan wanita itu menimbulkan kegusaran umum dan mengganggu-gugat ketenteraman awam serta boleh dikenakan tindakan keras di bawah undang-undang yang berkaitan.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Sittah Annur PMYT bertaubat: 'Saya insaf, tiada jalan pintas ke syurga'
Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sittah Annur mengisytiharkan dirinya bertaubat secara terbuka pagi tadi.
Sittah Annur isytihar bertaubat
Masitah Ab Jalar melakukan pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Ajaran 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir' bercanggah hukum syarak - Ahmad Marzuk
Mesyuarat Khas Muzakarah Fatwa Kebangsaan (MFK) telah memutuskan bahawa ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) bercanggah dengan agama Islam.
Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dikenali sebagai Sittah Annur dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat.
Bukit Aman siasat ajaran sesat 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir'
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan mengenai seorang wanita yang dikaitkan dengan ajaran sesat dikenali sebagai 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)'.
Ajaran sesat PMYT: Bukit Aman ambil keterangan 'Sittah Annur'
Memetik sumber, sepasukan anggota polis dilaporkan mengambil keterangan Masitah Ab Jalar di rumahnya di Selangor.