awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
02/09/2021
06:13 MYT
Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur
Acryl Sani (tengah) menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah daripada Datuk Hazani Ghazali yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
KOTA KINABALU: Polis sedang mengumpul maklumat dan mengesan kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat termasuk didakwa mencetuskan Perang Dunia Ketiga di Sabah.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menyedari mengenai pergerakan kumpulan dan mampu menangani perkara itu.
Difahamkan, seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT.
Menurutnya, siasatan perlu diteliti memandangkan ia melibatkan kerjasama dengan jabatan lain.
"Saya lihat (ajaran PMYT) ini masih lagi dalam kawalan dan kita kalau ambil tindakan seperti ini tidak boleh tergesa-gesa atau terburu-buru.
"Kita harus mengumpul segala maklumat selengkap-lengkapnya kerana ia membabitkan jabatan lain iaitu Jabatan Agama Islam. Kita harus mendapatkan juga nasihat dan pandangan mereka," katanya.
Ajaran Sesat | Polis kesan kumpulan PMYT dipimpin Sittah Annur
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan portal berita berhubung seorang wanita yang menggunakan gelaran Sittah Annur dan mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.
Laporan itu menyatakan Sittah kini mempunyai hampir 3,000 pengikut dan 22 kumpulan di aplikasi Telegram selain ahli sentiasa meningkat dari hari ke hari.
Malah, laporan itu mendakwa pengikut atau ahli kumpulan ini juga terdiri daripada pegawai badan beruniform dan golongan profesional.
Dalam perkembangan lanjut, beliau menyatakan tiada maklumat mengenai dakwaan ajaran itu yang mengatakan bahawa Perang Dunia Ketiga akan berlaku di Sabah.
Sementara itu, ditanya mengenai pengikut ajaran PMYT dalam kalangan anggota beruniform, Acryl Sani berkata, pihaknya akan teliti dan semak perkara berkenaan.
Terdahulu, Acryl Sani menyaksikan penyerahan tugas Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah daripada Datuk Hazani Ghazali yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Auditorium IPK Sabah pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Datuk Acryl Sani Abdullah Sani
#kumpulan ajaran sesat
#Sittah Annur
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan