awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajaran Si Hulk difatwakan sesat

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2023
07:30 MYT
Ajaran Si Hulk difatwakan sesat
Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri kali ke-221 pada Disember 2020 itu juga memperakukan fahaman itu menyeleweng daripada ajaran Islam. - Gambar fail
IPOH: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa Suhaini Mohammad atau Si Hulk sebagai sesat.
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri kali ke-221 pada Disember 2020 itu juga memperakukan fahaman itu menyeleweng daripada ajaran Islam.
Menurutnya, ketetapan itu berdasarkan beberapa ciri fahaman yang secara jelas mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan selain menyatakan baginda tidak mempunyai jantina iaitu bukan lelaki juga bukan wanita.
"Dia juga menyeleweng tafsiran al-Quran menerusi huraian surah Taha ayat 120 dan al-Baqarah ayat 35 berkenaan larangan Allah SWT kepada Nabi Adam dan Hawa daripada memakan buah khuldi dengan dakwaan bahawa buah itu yang menjadi larangan untuk dimakan di dalam syurga itu adalah buah zakar dan buah dada," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook.
Jelas Wan Zahidi, ajaran itu turut mengeksploitasi elemen agama secara berlebihan terhadap produk-produk dikeluarkan seperti air dan botol Si Hulk di laman Facebook Sohai Ibnu Muhammad dan Facebook Si Hulk untuk menarik minat orang membelinya.
"Antaranya membuat tafsiran yang salah terhadap ayat al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 248 dengan menyatakan Si Hulk merupakan air hayat iaitu air yang diperolehi oleh Nabi Khidir AS menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.
"Produk itu didakwa mampu menyembuhkan pelbagai wabak penyakit zahir dan batin serta menghalang daripada sihir selain digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol," katanya.
Justeru beliau menggesa agar fahaman dan ajaran itu segera disekat daripada disebarkan kepada umat Islam.
"Mereka yang mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua video tular memaparkan beberapa orang individu mengeluarkan kenyataan dan ungkapan menyeleweng daripada ajaran Islam dipercayai pengikut ajaran yang dibawa oleh Si Hulk.
Satu video yang kembali menjadi tular tersebut dimuat naik melalui akaun Facebook Nurul Sakinah yang bertajuk 'Nabi Muhammad itu adalah Allah'.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diarah bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membanteras ajaran sesat itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ajaran SiHulk
#ajaran sesat
#Sohai Ibnu Muhammad
#fatwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan