awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS akan ada 'perjanjian' untuk kekalkan akses kepada TikTok atau tangguh larangan

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2025
23:50 MYT
AS akan ada 'perjanjian' untuk kekalkan akses kepada TikTok atau tangguh larangan
Trump berkata beliau mungkin menangguhkan larangan terhadap aplikasi video pendek yang popular itu. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Donald Trump berkata, Amerika Syarikat (AS) akan mempunyai “bentuk perjanjian” untuk mengekalkan akses kepada TikTok di negara itu.
Sekiranya tiada perjanjian dicapai, Presiden AS itu menegaskan, beliau mungkin menangguhkan larangan terhadap aplikasi video pendek yang popular itu.
“Saya mempunyai hak untuk memeterai perjanjian dan melanjutkannya jika saya mahu. Jadi, kita akan lihat sama ada perjanjian itu wujud atau tidak,” kata Trump ketika menjawab soalan wartawan di Pejabat Oval, di sini, pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau berkata: “Terdapat banyak cara untuk beli TikTok dan kami akan mencari yang terbaik untuk negara ini.”
Presiden itu juga berkata, China perlu “bermain peranan” dalam mencapai perjanjian berkenaan aplikasi tersebut, tetapi beliau menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan pengurangan tarif jika Beijing dapat menyelesaikan isu TikTok.
Pada Selasa, media antarabangsa melaporkan, TikTok yang disifatkan sebagai platform media sosial berpengaruh di dunia akan diharamkan sekali lagi bermula 4 April depan sekiranya ia masih belum dijual kepada entiti yang berpangkalan di AS.
Topic Berkaitan
#TikTok
#TikTok diharamkan
#Donald Trump
#perjanjian akses TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan