awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akauntan mengaku tidak bersalah 143 tuduhan pecah amanah

Aida Aziz
Aida Aziz
17/07/2020
04:21 MYT
Akauntan mengaku tidak bersalah 143 tuduhan pecah amanah
Nurul Husna didakwa melakukan kesalahan pecah amanah tersebut di Syarikat Petrogaz Engineering Sdn Bhd antara November 2017 dan April 2018. - Astro AWANI
Seorang akauntan di sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 143 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM38,000 pada 2017 dan 2018.
Nurul Husna Atiqah Shuib, 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.
Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh sebagai akauntan syarikat Petrogaz Engineering Sdn Bhd di Lumut, Perak, ketika itu didakwa melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menyalahgunakan harta itu dan menjadikan harta sendiri.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat di dalam daerah Manjung antara November 2017 dan April 2018 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebatan, juga denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim memohon jaminan sebanyak RM30,000 manakala peguam S Dharmanathan yang mewakili tertuduh merayu jaminan minimum kerana tertuduh perlu menyara tiga anak berusia antara dua dan lapan tahun, sementara suaminya tidak bekerja.
Azman membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserah kepada mahkamah, selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Seri Manjung sekali dalam sebulan.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen.
Topic Berkaitan
#akauntan
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#pecah amanah
#penjara
#polis
#syarikat swasta
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan