awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti

Bernama
Bernama
20/09/2019
20:20 MYT
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Peluang survival akhbar secara keseluruhannya masih ada memandangkan pembaca masih berharap kepada sumber berita selain literasi media dalam kalangan orang muda turut meningkat. - Gambar hiasan
Akhbar, atau surat khabar berbentuk fizikal, dilihat semakin terdesak untuk bertahan dan kekal relevan, ketika dunia sedang rancak bergerak ke arah pendigitalan.
Bagaimanapun, pensyarah kanan Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
"Akhbar yang mempunyai kandungan 'niche' dalam bidang-bidang tertentu, seperti perniagaan, politik dan ekonomi akan kekal relevan dan mampu bertahan kerana mereka ada pembaca yang sendiri," katanya kepada Bernama selepas slot wawancara Bicara Petang: Masih Relevenkah Akhbar Cetak? di Bernama Radio, pada Jumaat.
Shahrul Nazmi menjelaskan terdapat syarikat penerbitan yang gagal bertahan walaupun turut menerbitkan akhbar versi digital kerana model perniagaan ruangan iklan dalam talian yang kurang stabil, berbeza dengan akhbar cetak yang sudah mempunyai ketetapan harga untuk slot-slot tertentu.
"Harga (iklan) menjadi isu kepada berita dalam talian disebabkan model perniagaan iklan yang belum stabil. Itu yang menyebabkan walaupun beratus-ratus ribu orang yang membaca akhbar digital, pendapatan masih kurang. Akhbar menjana pendapatan melalui iklan," katanya.
Pernah bertugas sebagai wartawan selama tujuh tahun, Shahrul Nazmi menyifatkan industri akhbar kini berada di antara ke arah kegelapan dan kebangkitan semula, namun ia terpulang kepada strategi syarikat penerbitan itu sendiri.
Tambahnya, kebanyakan industri akhbar cetak telah memasuki fasa untuk pulih tetapi proses itu sangat perlahan dan berbeza-beza antara satu syarikat dengan syarikat lain disebabkan industri akhbar itu sendiri yang dilihat masih kelabu (samar-samar).
Walaupun begitu, beliau kekal positif bahawa peluang survival akhbar secara keseluruhannya masih ada memandangkan pembaca masih berharap kepada sumber berita selain literasi media dalam kalangan orang muda turut meningkat.
"Untuk menentukan jatuh bangun akhbar itu sendiri, relevan atau tidak, akhbar cetak bergantung kepada penggiat industri itu sendiri dan pembaca, sejauh mana mereka memainkan peranan dalam pembacaan, selain pengiklan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akhbar
#akhbar digital
#iklan
#informasi
#kandungan
#kandungan berkualiti
#literasi media
#Media
#media cetak
#niche
#pembaca
#pendapatan
#rakyat
#relevan
#Shahrul Nazmi Sannusi
#sumber maklumat
#surat khabar
#survival
#syarikat penerbitan
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan