awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akhbar Harakah dirampas di seluruh negara

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
23/05/2013
07:08 MYT
Akhbar Harakah dirampas di seluruh negara
Lidah rasmi PAS, Harakah edisi Jumaat dirampas di seluruh negara oleh Unit Penguatkuasa Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pagi tadi.
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan alasan rampasan kerada disyaki menyalahi Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984.
"Kami menerima panggilan telefon sekitar jam 9:30 pagi tadi dari pengedar yang memaklumkan akhbar Harakah dirampas oleh KDN,
"Tindakan ini seolah-olah membalas dendam akibat keputusan pilihan raya umum yang lalu tidak berpihak kepada Barisan Nasional. Tindakan ini juga lebih kepada ugutan kepada pengedar supaya tidak lagi mengedar Harakah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Jelasnya, Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual. Dianggarkan sebanyak 1,000 naskah Harakah dirampas di Alor Setar manakala di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah dirampas.
Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.
Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".
Topic Berkaitan
#Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
#Harakah
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan