awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan

Bernama
Bernama
06/02/2026
14:30 MYT
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Nik Ezanee berkata antara skop utama yang akan diteliti ialah ekosistem e-waste, perundangan dan prosedur sedia ada, aspek penguatkuasaan, pengenalpastian pihak berkepentingan, serta pelupusan. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menubuhkan satu sekretariat melibatkan warga kerjanya bagi menggerakkan pelaksanaan dan penyelarasan Jawatankuasa Khas Penyelarasan sisa elektronik (e-waste) dengan efektif serta tersusun.

Ringkasan AI
  • Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menubuhkan sekretariat warga kerja bagi penyelarasan Jawatankuasa Khas Penyelarasan sisa elektronik (e-waste) dengan teliti.
  • Kajian menyeluruh tentang ekosistem e-waste, perundangan, penguatkuasaan, dan pengenalpastian pihak berkepentingan akan dijalankan.
  • Pengimportan e-waste diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa pada 4 Feb dan diklasifikasikan sebagai Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata jawatankuasa itu akan menjalankan kajian menyeluruh berkaitan isu e-waste, khususnya melibatkan aspek kemasukan, pengurusan dan penguatkuasaan pada peringkat negara.
Nik Ezanee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas berkenaan berkata antara skop utama yang akan diteliti ialah ekosistem e-waste, perundangan dan prosedur sedia ada, aspek penguatkuasaan, pengenalpastian pihak berkepentingan, serta pelupusan.
"Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat akan mengemukakan permohonan maklum balas secara rasmi kepada agensi dan kementerian berkaitan.
"Satu mesyuarat penyelarasan seterusnya akan dipanggil untuk melantik keanggotaan jawatankuasa serta menyelaras dan memperhalus maklum balas yang diterima ke arah penetapan hala tuju pengurusan dan penguatkuasaan e-waste yang lebih berkesan dan berintegriti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengumumkan pengimportan e-waste diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa pada 4 Feb lepas dan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#e-waste
#skop utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan