KUALA LUMPUR:Cabaran untuk mendapatkan akses Internet yang dihadapi oleh pelajar dan penduduk di kawasan Nanga Sumpa, Lubok Antu akhirnya berjaya diatasi.
Ini selepas mereka disediakan dengan capaian Internet menerusi teknologi Terminal Satelit Apertur Sangat Kecil (VSAT) di bawah penyedia perkhidmatan telekomunikasi Reach 10.
Berita gembira itu diumumkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Reach 10, Leo Chin, pihaknya gembira dapat menyediakan perkhidmatan liputan jalur lebar kepada penduduk di kawasan berkenaan yang terkenal dengan industri ekopelancongan.
“Ini adalah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menangani masalah Internet yang membelenggu penduduk dan pelajar sekolah di Nanga Sumpa.
“Dengan menggunakan teknologi VSAT, pelajar di kawasan ini dapat menyambung semula pembelajaran secara dalam talian, begitu juga dengan penduduk kampung yang kini dapat berhubung dengan dunia luar,” ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak berkata terdapat banyak kawasan di Sarawak yang masih belum dihubungkan dengan capaian Internet yang sempurna atas faktor geografi dan teknikal.
Bagaimanapun katanya, pihak SMA akan terus komited menyediakan jaringan telekomunikasi sewajarnya kepada pengguna di luar bandar, bukan sahaja di Nanga Sumpa.
"Sebagai kesinambungan dari inisiatif ini, SMA akan melancarkan Projek Multimedia Urban, Rural and Nation (SALURAN) 200 yang menyasarkan kampung seperti Nanga Jambu menjelang Februari, tahun depan," jamin beliau menerusi kenyataan sama.
BACA: SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak
Sebelum ini, Sambau Dugat, seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu mengiringi pelajarnya meredah hutan belantara bagi mendapatkan capaian internet yang baik di kawasan Nanga Sumpa.
Inisiatif murni guru ini sekali gus menarik perhatian ramai pihak termasuk SMA yang tampil dalam menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan berkenaan.
BACA: Demi capaian internet, pelajar Lubok Antu redah bahaya hutan belantara
Nickyson Nyambar
Wed Nov 25 2020

Ia memberi manfaat yang cukup besar buat penduduk dan pelajar di Nanga Sumpa untuk meningkatkan lagi taraf hidup melalui kemahiran digitali. -Gambar/ Ihsan SMA

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
AWANI 7:45 [27/09/2023] - Desas-desus rombakan Kabinet | Mangsa banjir di Kedah meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
AWANI Ringkas: Rombakan Kabinet | Tidak perbincangan | Hadapi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.

Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan
Kini, pelajar dan penduduk di kawasan Lubok Antu itu dapat menikmati capaian jalur lebar dengan mudah dan pantas.

SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak
Ini adalah sebagai penyelesaian kepada masalah capaian internet khasnya di kawasan tertumpu di luar bandar.