awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang kemuncak APEC labuhkan tirai ketika pemimpin berusaha capai kata sepakat

Bernama
Bernama
01/11/2025
02:00 MYT
Sidang kemuncak APEC labuhkan tirai ketika pemimpin berusaha capai kata sepakat
Pemimpin APEC bincang kerjasama rantaian bekalan dan digitalisasi, dengan deklarasi hanya diterima melalui kata sepakat semua anggota. - Foto AP
GYEONGJU: Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dijangka berakhir Sabtu selepas berlangsungnya pelbagai rundingan diplomatik berprofil tinggi, dengan tumpuan diberikan kepada usaha pemimpin ekonomi utama mencapai kata sepakat mengenai perdagangan bebas dan multilateralisme, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Tumpuan kepada perdagangan bebas dan multilateralisme, di tengah ketegangan perang dagangan AS-China dan dasar perlindungan ekonomi global.
  • Korea Selatan mengetuai usaha menghasilkan "Deklarasi Gyeongju", sambil mengetengahkan inisiatif seperti AI dan perubahan demografi.
  • Pemimpin APEC bincang kerjasama rantaian bekalan dan digitalisasi, dengan deklarasi hanya diterima melalui kata sepakat semua anggota.

Sidang kemuncak dua hari yang menghimpunkan 21 anggota APEC bersama pertubuhan antarabangsa itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi dan merangsang pertumbuhan di tengah ketidaktentuan yang berpunca daripada peningkatan dasar perlindungan perdagangan.
Forum APEC tahun ini berlangsung di tengah perang dagangan berterusan antara Amerika Syarikat dan China, dengan Washington memperkecilkan peranan perdagangan bebas di bawah dasar "America First", manakala Beijing mengambil alih peranan yang dahulunya diterajui AS sebagai penyokong utama perdagangan bebas.
Pada sidang kemuncak APEC Jumaat, Presiden China Xi Jinping menyeru supaya sistem perdagangan pelbagai hala dipertahankan dan mencadangkan pembentukan "Komuniti Asia-Pasifik" dalam menghadapi ketidaktentuan global yang semakin meningkat.
Korea Selatan menjadi tuan rumah sesi kedua sidang kemuncak APEC, dengan harapan dapat menghasilkan keputusan yang dipersetujui semua peserta melalui pengisytiharan bersama yang dikenali sebagai "Deklarasi Gyeongju", selain mengetengahkan inisiatifnya sendiri termasuk kecerdasan buatan dan perubahan demografi.
Para pemimpin APEC membincangkan cadangan agenda yang dibawa daripada mesyuarat menteri sebelum ini mengenai usaha memajukan kemakmuran rantau Asia-Pasifik melalui langkah seperti memperkukuh kerjasama dalam rantaian bekalan dan peralihan digital.
Tumpuan turut diberikan kepada sejauh mana pemimpin dapat mencapai persetujuan mengenai hala tuju perdagangan antarabangsa memandangkan wujud perbezaan pandangan terhadap sistem perdagangan bebas global yang berasaskan multilateralisme dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Sebahagian besar ekonomi APEC sebelum ini menyokong sistem perdagangan bebas berasaskan WTO dalam pengisytiharan bersama mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Antara 2021 hingga 2024, semua deklarasi sidang kemuncak APEC menyebut tentang sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan dengan WTO "sebagai terasnya".
Deklarasi pemimpin hanya boleh diterima pakai melalui kata sepakat, dengan sokongan setiap anggota APEC.
Satu kenyataan berasingan daripada Mesyuarat Menteri APEC juga akan dikeluarkan, merangkumi usaha memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor.
Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung akan mempengerusikan sesi terakhir sidang kemuncak dan seterusnya menyertai pemimpin lain serta tetamu bagi sesi bergambar beramai-ramai.
Lee kemudian akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan hasil sidang kemuncak itu.
Selepas sidang berakhir, Lee dijadual mengadakan mesyuarat dua hala pertamanya dengan Xi dan akan disusuli dengan jamuan makan malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APEC
#rundingan diplomatik
#kata sepakat
#perdagangan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan