KUALA LUMPUR: Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isu Rumah yang dikeluarkan jabatan itu pada Rabu, memaklumkan akses isi rumah kepada telefon mudah alih, radio dan televisyen kekal melebih 95 peratus, namun akses kepada siaran televisyen berbayar merekodkan peratusan lebih rendah iaitu 76.9 peratus berbanding 83.2 peratus pada 2021.
Laporan itu turut menyatakan penggunaan Internet dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas telah meningkat ke 97.4 peratus (2022) berbanding 96.8 peratus (2021), dengan aktiviti Internet paling popular di negara ini ialah melibatkan diri dalam rangkaian sosial.
DoSM menjelaskan penggunaan Internet telah meningkat secara signifikan untuk perkhidmatan berkaitan mencari maklumat, komunikasi, sivik dan politik, e-Kerajaan, hiburan, e-Dagang dan lain-lain perkhidmatan dalam talian.
"Aktiviti berkaitan perkhidmatan meningkat lebih daripada tiga mata peratus. Aktiviti-aktiviti berkaitan perkhidmatan adalah mencari maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan, yang meningkat ke 92.5 peratus; memuat naik kandungan ciptaan sendiri ke laman sesawang (17.6 peratus); mengendalikan laman utama peribadi (10.3 peratus).
"Aktiviti lain berkaitan perkhidmatan adalah menjalankan tugas secara dalam talian untuk menjana pendapatan (15.5 peratus); perbankan Internet (74.8 peratus); mendengar radio dalam talian (72.8 peratus); menonton televisyen dalam talian (68.1 peratus) dan membeli atau memesan barangan atau perkhidmatan menerusi e-Dagang (70.4 peratus)," menurut laporan itu.
Berdasarkan kajian itu, DoSM melaporkan kemahiran ICT, iaitu satu daripada petunjuk yang dipantau dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), juga semakin baik.
Aktiviti kemahiran ICT asas termasuk membuat salinan atau memindahkan fail menggunakan teknik 'salin' dan 'tampal' untuk membuat pendua atau digerakkan dalam sesuatu dokumen; dan menghantar e-mel dengan fail, masing-masing meningkat hingga 97 peratus, 96.3 peratus dan 89.4 peratus.
Aktiviti yang memerlukan kemahiran khusus, seperti menggunakan formula aritmetik asas dalam suatu lembaran hamparan dan menulis pengaturcaraan komputer menggunakan bahasa pengaturcaraan, masing-masing meningkat ke 67.1 peratus dan 23.5 peratus.
Aktiviti lain turun meningkat, seperti menghubung dan memasang peranti baharu (79.2 peratus), mencari, memuat turun, memasang dan mengkonfigurasi perisian (72.5 peratus) dan menghasilkan bahan pembentangan secara elektronik menggunakan perisian komputer (62.9 peratus).
Menurut DoSM, kajian tersebut dijalankan dalam fasa peralihan ke endemik, yang telah membolehkan masyarakat kembali menjalani kehidupan biasa selepas dua tahun berdepan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
DoSM melaporkan kemahiran ICT, iaitu satu daripada petunjuk yang dipantau dalam SDG, juga semakin baik. - Gambar hiasan
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.
Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.