KUALA LUMPUR: Akses terlalu mudah kepada media sosial terutamanya kandungan berunsur seks adalah antara penyebab masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak masa kini.
Pengarah Jabatan Penyiasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata perkara itu berlaku kerana kanak-kanak mudah mendapatkan akses kepada perkara-perkara negatif khususnya kandungan pornografi yang terkandung dalam media sosial.
"Kanak-kanak ini (sifatnya) dia nak terokai sesuatu dia nampak seperti orang buat hubungan seks jadi mereka nak buat kerana perkara ini, boleh berlaku kerana capaian terlalu mudah dan mereka banyak terdedah dengan pelbagai perkara negatif," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Kawal Selia Antarabangsa bertajuk 'Kepentingan Dasar, Kawal Selia dan Penyelesaian Teknologi yang Efektif untuk Ruang Dalam Talian Lebih Selamat' (Significance of Effective Policy, Regulatory, and Technological Solutions for a Safer Online Space) sebagai panel di sini pada Isnin.
Mengambil contoh budak perempuan berumur sembilan tahun dirogol secara berkumpulan, beliau berkata kes tersebut merupakan antara eksploitasi seksual dalam talian.
"Insiden itu berlaku tahun lepas dan untuk kes ini kami membuka kertas penyiasatan kerana ini adalah suatu trend baharu dalam generasi baharu. Berdasarkan penyiasatan kami, budak perempuan itu bersetuju diperlakukan demikian kerana dia mahu membayar hutang," katanya.
Beliau berkata budak perempuan itu telah merosakkan pemadam yang dipinjamnya daripada seorang rakan kelas dan mahu bertanggungjawab dengan bersetuju kepada perlakuan itu sebagai pampasan kerana tidak cukup duit untuk membeli pemadam baharu.
Shuhaily berkata selain menurunkan kandungan pornografi, polis juga bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan berunsur seks.
"Penyedia platform dan pengawal selia mempunyai tugas dan tanggungjawab besar untuk memastikan kandungan sensitif seperti ini tidak dipaparkan bukan sahaja perkara berkaitan seks tetapi juga perkara lain (yang negatif)," katanya.
Dalam sesi perbincangan, Ketua Perlindungan Kanak-Kanak, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Saskia Blume berkata kira-kira empat peratus kumpulan itu, bersamaan kira-kira 100,000 kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun di Malaysia telah dieksplotasi secara seksual dalam talian.
"Kami melihat kes-kes meningkat mendadak seperti peras ugut, terlibat dalam aktiviti seksual, dan berkongsi imej tanpa kebenaran atau dipaksa terlibat dalam aktiviti seksual atas dasar janji," katanya.
Menurutnya UNICEF turut menjalankan kajian terhadap golongan muda mengenai harapan mereka berhubung isu ini.
"Tiga perkara utama yang dibangkitkan mereka: pertama ialah penerapan ciri-ciri keselamatan dan ciri-ciri keselamatan berfokuskan kanak-kanak, diikuti permintaan dan idea yang kukuh.
"Kedua, literasi digital bukan sahaja untuk kanak-kanak malah untuk ibu bapa, penjaga dan guru dan akhirnya mekanisme membuat laporan yang mesra kanak-kanak," katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata 2023 merekodkan tahun paling ekstrem penderaan kanak-kanak dalam talian.
"Saya berpendapat, kerana banyak yang berlaku hari ini tidak lagi berlaku di jalanan, bilik hotel, tetapi berlaku dalam bilik tidur mereka kerana kita semua mempunyai akses kepada platform teknologi," katanya sambil menambah sangat penting bagi semua pihak bekerjasama untuk mencegah isu ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kementerian Pos dan Telekomunikasi Kemboja Sodany Tan berkata negaranya mempunyai garis panduan perlindungan dalam talian kanak-kanak sendiri yang dibangunkan, dipantau, dilaksanakan dan dinilai, bagi memastikan syarikat-syarikat melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rangkaian atau perkhidmatan dalam talian mereka digunakan dalam cara yang menyebabkan atau menyumbang kepada pelanggaran atau penderaan hak kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Mohd Shuhaily berkata selain menurunkan kandungan pornografi, polis juga bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan berunsur seks. - Gambar fail/Astro AWANI
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.
Keputusan SPM 2023 boleh disemak melalui SMS, laman sesawang KPM
Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.
Pendedahan awal literasi digital lahirkan pengguna media sosial bertanggungjawab
Ia bagi melahirkan pengguna media sosial yang bertanggungjawab.
Parti liar di Terengganu: Polis tunggu perjumpaan exco dengan pemilik resort
Baru-baru ini tular poster dan gambar memaparkan wanita berpakaian tidak sopan menghadiri sebuah parti liar dinamakan Aloha Party yang didakwa diadakan di Pulau Lang Tengah.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Parti liar: Kerajaan Terengganu panggil pemilik resort
Pemilik sebuah resort persendirian akan dipanggil esok berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar.
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.