awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi ganas atau sebab politik? Tayangan filem seram 'Winnie the Pooh' di Hong Kong dibatalkan

Agensi
Agensi
21/03/2023
13:26 MYT
Aksi ganas atau sebab politik? Tayangan filem seram 'Winnie the Pooh' di Hong Kong dibatalkan
Lembaga penapis kandungan di China sebelum ini sudahpun mula sensitif terhadap watak utama filem itu. - Twitter
HONG KONG: Tayangan filem seram Winnie the Pooh: Blood and Honey, yang sepatutnya bermula di Hong Kong minggu ini telah dibatalkan, menurut syarikat pengedarnya pada Selasa.
Keputusan menarik balik tayangan filem produksi Britain dengan aksi ngeri dan ganas itu bagaimanapun tidak dinyatakan dengan jelas sebabnya, lapor Reuters.
VII Pillars Entertainment menerusi laman Facebook mengumumkan bahawa pihaknya ‘dengan penuh rasa kesal’ terpaksa membatalkan tayangan perdana seperti yang sepatutnya dijadual pada 23 Mac.
Lembaga penapis kandungan di China sebelum ini sudahpun mula ‘sensitif’ terhadap watak utama filem itu, yang pada asalnya merupakan watak ciptaan penulis British A.A. Milne. Ia susulan tersebar meme di Internet yang membandingkan karakter beruang itu dengan Presiden China, Xi Jinping.
Perbandingan itu bermula pada tahun 2013 ketika Xi melakukan lawatan ke Amerika Syarikat untuk bertemu Barack Obama. Pertemuan tersebut telah mencetuskan komentar dalam talian yang menyamakan mereka dengan Pooh dan Tigger.
Sesetengah pihak juga telah menggunakan imej Pooh sebagai isyarat penentangan.
Pemerintah Hong Kong setakat ini tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu.
Sementara itu, pihak penganjur tayangan Moviematic pada Selasa mengumumkan pembatalan tayangan itu adalah disebabkan ‘masalah teknikal’. Pautan untuk pembelian tiket secara dalam talian juga tidak lagi berfungsi.
Undang-undang penapisan baharu di Hong Kong telah berkuat kuasa pada tahun 2021, yang menyaksikan beberapa buah filem diharamkan daripada ditayangkan di wilayah pentadbiran khas China itu.
Antara alasan yang sering digunakan dalam setiap tindakan penapisan dan pengharaman adalah untuk mengekang filem yang mempunyai unsur 'mempromosi, menyokong, memuja, menggalak dan mencetus aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara'.
Topic Berkaitan
#filem seram
#Winnie the Pooh
#Hong Kong
#lembaga penapisan china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan