awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi menari di hangar PGU sudah lama, premis bukan lagi milik PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2024
03:20 MYT
Aksi menari di hangar PGU sudah lama, premis bukan lagi milik PDRM
Video tular memaparkan beberapa individu menari sambil mendengar muzik di sebuah hangar dengan tulisan PDRM. - Foto Twitter/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan video tular beberapa individu menari sambil mendengar muzik di sebuah hangar dengan tulisan PDRM adalah program Rock The World 2023.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, program tersebut dianjurkan pada 16 Disember lalu.
Beliau berkata, premis yang dijadikan lokasi program itu adalah pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Kuala Lumpur yang sudah ditutup.
"Jam 3.30 petang semalam (Ahad), pihak polis mengesan satu klip video berdurasi 16 saat dimuat naik di aplikasi Twitter memaparkan beberapa individu menari sambil mendengar muzik.
"Polis ada menerima pemakluman berhubung penganjuran itu dan lesen dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, premis tersebut sudah lama ditinggalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas berhubung video tular berkenaan.
"Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 0322979222 atau pergi ke mana-mana balai berhampiran," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#menari di hangar
#Rock The World 2023
#polis brickfields
#hangar PGU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan