KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye menjelaskan, selaras dengan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), langkah itu adalah antara formula terbaik dalam memastikan majikan tidak terbeban dengan masalah kos, dan kerajaan dapat menjayakan usaha memerangi pandemik itu.
"Saya rasa perkara ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan memandangkan kita mengharapkan pihak majikan atau kontraktor untuk menanggung kos yang begitu besar, berkaitan dengan penempatan dan sebagainya.
"Kalau kerajaan sedia untuk memberikan subsidi atau memberikan insentif, perkara ini boleh dibincangkan.
"Kalau ini boleh dilaksanakan ia boleh mempermudahkan proses penempatan atau mencari formula terbaik dalam mengatasi masalah tersebut," katanya semasa dihubungi Astro AWANI melalui Skype pada Jumaat.
Sebelum ini, enam persatuan kontraktor industri pembinaan merayu kepada kerajaan untuk membenarkan penangguhan selama setahun ke atas penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta 446 susulan kekangan masalah kos yang tinggi dan kesan ekonomi akibat COVID-19.
Cadangan itu dibuat Master Builders Association Malaysia (MBAM), Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM)
Guild of Bumiputra Contractors Wibawa (GBC Wibawa) dan United Malaysia Contractors Association (UMCA).
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan perlu mengadakan libat urus dengan pihak kontraktor terbabit bagi mengetahui permasalahan mereka yang terbeban dengan masalah ekonomi susulan pandemik COVID-19.
Katanya, perbincangan antara kedua-dua pihak itu penting memandangkan cadangan penangguhan sehingga setahun adalah tidak sesuai dengan situasi pandemik COVID-19 yang banyak berpunca dari tempat kerja dan kediaman pekerja.
Akta 446 yang telah diwartakan pada 17 Februari lalu itu antara lain menyaksikan majikan dikehendaki menyediakan penginapan sementara yang akan menelan belanja kira-kira RM270 bagi setiap pekerja.
Majikan yang gagal mengikut arahan berdepan denda RM200,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Rahimah Abdullah
Fri Feb 26 2021
LAM THYE: Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. - Gambar fail
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Kesihatan mental di tempat kerja penting untuk kesejahteraan - Lee
Lee berkata kesejahteraan mental berkait rapat dengan produktiviti dan kesihatan mental yang baik di tempat kerja membawa manfaat.
Pengenalan CPI dalam KPI memupuk ketelusan - Lam Thye
Ia akan mengalih fokus utama daripada membuat lebih banyak kerja kepada isu meraih kepercayaan orang awam dan tingkah laku beretika.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Tanah jerlus: Audit keselamatan dalam tempoh tiga tahun
Lee Lam Thye berkata, menerusi audit keselamatan itu perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahagian bawah tanah.
Rasuah penyakit masyarakat yang merentasi etnik, harus ditangani secara kolektif - Lam Thye
Rasuah adalah penyakit masyarakat yang merentasi etnik dan harus ditangani secara kolektif, menurut ahli Institut Integriti Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.