awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta 852 langkah proaktif lindungi kesihatan awam, alam sekitar - Lukanisman

Bernama
Bernama
26/09/2024
07:00 MYT
Akta 852 langkah proaktif lindungi kesihatan awam, alam sekitar - Lukanisman
Lukanisman (foto) berkata kerajaan komited terhadap usaha mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat melalui penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan awam yang berterusan. -Bernama
KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada Selasa ini dijangka mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada kesihatan tetapi juga kelestarian alam sekitar.

Ringkasan AI
  • Akta 852 berkuat kuasa 1 Oktober 2024, bertujuan mengurangkan tabiat merokok dan melindungi kesihatan awam.
  • Melalui undang-undang dan pendidikan awam, kerajaan berharap dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan meningkatkan kesihatan rakyat.
  • Ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata kerajaan komited terhadap usaha mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat melalui penguatkuasaan undang-undang dan pendidikan awam yang berterusan.
"Kita tidak dapat beri jaminan secara total, tetapi dengan penguatkuasaan dan literasi (Akta 852) ini kita yakin usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar akan berhasil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar Kebangsaan (NEHAP) kali ke-10 di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata penguatkuasaan Akta 852 itu bukan bersifat menekan masyarakat dengan perundangan yang lebih ketat sebaliknya lebih kepada melindungi kesihatan awam secara keseluruhan.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan bahawa Akta 852 akan dikuatkuasakan mulai 1 Okt ini yang merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.
Mengenai persidangan hari ini, Lukanisman berkata NEHAP yang bertemakan Kesihatan Alam Sekitar Dalam Era Baru: Perjalanan Menuju Masa Depan Lestari bertepatan dengan Hari Kesihatan Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 26 Sept setiap tahun.
Beliau berkata persidangan itu turut menjadi medium bagi pembentangan kertas kerja yang merangkumi bidang kesihatan alam sekitar serta medium bagi peserta untuk berinteraksi dan bertukar pendapat mengenai masalah kesihatan alam sekitar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lukanisman Awang Sauni
#Akta 852
#lindungi kesihatan awam
#kurangkan merokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan