Skip to main content

Malaysia

Akta 872: Malaysia berpotensi jadi contoh di Asia Tenggara - GEM

41747536587_GabunganEhailingMa.jpg
Penguatkuasaan Akta 872 bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1.64 juta individu yang terlibat dalam sektor ekonomi gig di negara ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi menjadi contoh di peringkat Asia Tenggara dan global sekiranya pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) dilaksanakan dengan berkesan dan konsisten.

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata akta itu merupakan langkah bersejarah dalam mengiktiraf serta melindungi kebajikan pekerja gig, hasil daripada kerjasama dan solidariti berterusan komuniti pekerja gig, khususnya pemandu e-hailing dan p-hailing di seluruh negara.

Advertisement

"Pengumuman ini menandakan bahawa Reformasi Pekerjaan Masa Depan sedang berlangsung, selari dengan kepimpinan dan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam membina ekosistem pekerjaan yang lebih adil, inklusif dan berdaya tahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan atas pelaksanaan Akta 872 yang berkuat kuasa hari ini.

Penguatkuasaan Akta 872 bakal memberi manfaat kepada kira-kira 1.64 juta individu yang terlibat dalam sektor ekonomi gig di negara ini.

Ramanan berkata pencapaian bersejarah itu meletakkan Malaysia sebagai antara negara di Asia yang mendahului usaha memperkenalkan perundangan perburuhan khusus bagi melindungi pekerja gig secara komprehensif.

Beliau juga mengingatkan penyedia platform ekonomi gig yang diberi tempoh tiga hingga enam bulan untuk mengintegrasikan sistem mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) susulan penguatkuasaan akta berkenaan.

Must Watch Video