Skip to main content

Dunia

CENTCOM nafi serangan Iran ke atas pangkalan AS

Reuters
Menurut CENTCOM, semua serangan yang dilancarkan Iran terhadap pasukan tentera AS gagal mencapai sasaran. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menafikan dakwaan Iran bahawa negara itu berjaya menyerang ibu pejabat Armada Kelima Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Bahrain serta sebuah pangkalan udara AS di rantau tersebut.

Dalam satu hantaran di platform X pada Selasa, CENTCOM menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) itu sebagai "palsu".

Menurut CENTCOM, semua serangan yang dilancarkan Iran terhadap pasukan tentera AS gagal mencapai sasaran.

"Pasukan AS kekal berjaga-jaga dan bersedia mempertahankan diri daripada sebarang tindakan agresif Iran yang tidak berasas," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, media Iran pada Rabu melaporkan bahawa IRGC telah melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas ibu pejabat Armada Kelima AS, sebuah pangkalan udara dan beberapa helikopter di sebuah negara di rantau berkenaan.

IRGC mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan AS ke atas sebuah menara komunikasi di selatan Pulau Qeshm di Iran.

Bagaimanapun, pihak AS menegaskan serangan yang didakwa oleh Iran itu tidak berjaya dan tidak mengenai sasaran yang dinyatakan.

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement