KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Akta DBP yang ada ketika ini tidak memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan bahasa.
"Kalau di bawah Majlis Daerah, (ada pihak) guna papan tanda dalam bahasa lain, undang-undang kecil KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) tidak mampu mengambil tindakan.
"Akta DBP akan diperkasa dengan DBP diberikan kuasa penguatkuasaan. Sebagai contoh, penggunaan Bahasa Melayu di papan-papan tanda, DBP boleh mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan kuasa (yang berkaitan hal penggunaan bahasa)," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berakhir hari ini.
Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata bagi terus memartabatkan Bahasa Melayu, semua pelajar asing di negara ini wajib mempelajarinya dan perkara itu dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata pekeliling juga telah dikeluarkan kepada agensi, kementerian dan Syarikat Berkaitan Kerajaan untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap program.
Katanya UMNO mesti menjuarai usaha memartabatkan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 3.5 Perlembagaan UMNO.
"Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu. Justeru, tidak ada sebab untuk kita berasa janggal berbahasa Melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana 'Bahasa Jiwa Bangsa'," kata Ismail Sabri.
Memberi contoh semasa lawatannya ke Kemboja dan Thailand bulan lepas, Ismail Sabri berkata beliau menggunakan Bahasa Melayu semasa sidang media bersama pemimpin kedua-dua negara dan akan berbuat demikian pada lawatan ke Vietnam esok.
"Tiada sebab kenapa kita tak boleh guna bahasa ibunda kita sendiri. Itulah pertama kali pemimpin kita cakap Bahasa Melayu dalam pertemuan dua hala dan sidang media di kedua-dua negara itu," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau bercita-cita mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN memandangkan lebih 300 juta penduduk di rantau itu menggunakannya sebagai bahasa pertuturan sekali gus menjadikan ia bahasa ketujuh jumlah penutur teramai di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Akta DBP yang ada ketika ini tidak memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan bahasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
MBM sokong pindaan Akta DBP 1959 perkasa penggunaan Bahasa Melayu
Beri kuasa kepada DBP mengenakan tindakan terhadap pihak yang ingkar kepada pemakaian bahasa Melayu yang dijamin oleh undang-undang.