Kerajaan menegaskan sebarang kajian, pindaan atau pemansuhan terhadap beberapa akta berunsur drakonian dan zalim perlu dibuat secara berhati-hati.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prinsip asal semasa akta-akta tersebut digubal dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Rakyat semestinya bertujuan untuk menjaga hak, kepentingan dan keselamatan rakyat secara keseluruhannya.
"Misalnya, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta747) atau lebih dikenali sebagai SOSMA, digubal dan diluluskan bertujuan untuk menentang perbuatan subversif dan tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam.
Pihak Kementerian Dalam Negeri terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia berpendirian SOSMA ini masih diperlukan dalam mengekalkan ketenteraman awam, menjamin keselamatan dan membendung aktiviti jenayah di negara ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Datuk Seri Dr. Santhara (PH-Segamat) yang ingin tahu apakah status pemansuhan akta berunsur zalim seperti mana tertulis dalam manifesto Pakatan Harapan.
Selain SOSMA, empat lagi akta yang telah dikenal pasti mempunyai unsur zalim adalah Akta Hasutan 1948 (Akta 15), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776).
Dr Mahathir bagaimanapun berkata terdapat ruang bagi akta-akta tersebut disalah guna untuk kepentingan tertentu sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
"Oleh yang demikian, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita perlu mengambil kira keresahan yang dibangkitkan ini di samping tidak mengetepikan keperluan keselamatan negara.
"Hasrat Kerajaan pada masa ini ialah bagi memperkemaskan lagi akta-akta yang dikenal pasti berkenaan sama ada melalui pemansuhan secara menyeluruh atau pindaan peruntukan tertentu dalam akta-akta tersebut supaya terdapat keseimbangan di antara keperluan penjagaan hak, kepentingan dan keselamatan negara dengan hak asasi manusia serta prinsip keadilan yang diinginkan oleh rakyat," jelasnya.
Tegasnya, sebarang tindakan sama ada pindaan atau pemansuhan perlu dilaksanakan selepas kajian yang mendalam dan berhati-hati dilakukan supaya negara dapat ditadbir dengan baik dan kemakmurannya dapat dikecapi bersama.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Dec 03 2019

Tun Dr Mahathir berkata kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan baik dan kemakmurannya dapat dikecapi bersama. - fotoBERNAMA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Agenda AWANI: Setahun Malaysia Prihatin | Penguatkuasaan SOP, PKP
Menjelang 18 Mac 2021, genap setahun Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan undang -undang dan pengurusan kesihatan awam yang diambil kerajaan sepanjang tempoh setahun lalu bagi membendung penularan COVID-19? Diskusi 8.30 malam ini.

Agenda AWANI: Penguatkuasaan undang-undang & pengurusan kesihatan awam
Menjelang 18 Mac 2021, genap setahun Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan undang -undang dan pengurusan kesihatan awam yang diambil kerajaan sepanjang tempoh setahun lalu bagi membendung penularan COVID-19? Diskusi 8.30 malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Zahid keluar wang Yayasan Akalbudi RM17.9 juta - Pegawai penyiasat SPRM
Menurut pegawai penyiasat berkenaan, daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Piala Sumbangsih 2021: JDT pertahan kejuaraan empat kali berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

AWANI Ringkas: Bunuh isteri gara-gara cemburu | 'Kenyataan Zahid tidak tepat' - Pemimpin BN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Geng Ayoi tumpas, kedai emas diserbu | COVID-19: 2,154 kes baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

KSM arah JKKP siasat punca insiden SUKE
KSM mengarahkan pasukan penyiasat JKKP, menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden di projek pembinaan Lebuhraya SUKE.

Tiada vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platform Shopee
Platform pembelian secara dalam talian Shopee, hari ini menafikan pihaknya menawarkan vaksin Pfizer's COVID-19 untuk jualan, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu foto yang tular di Twitter dan Wh

Penentuan jenayah ringan atau berat adalah kuasa penuh PDRM
Kerajaan telah mengkaji semula undang-undang berunsur zalim dalam memastikan pengasingan jenayah sama ada berat mahupun ringan dapat dilaksanakan.

Akta drakonian: Pindaan, mansuh perlu dibuat berhati-hati - PM
Prinsip asal semasa akta-akta tersebut digubal dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Rakyat semestinya bertujuan untuk menjaga hak, kepentingan dan keselamatan rakyat secara keseluruhannya.