awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Hasutan tidak sekat kebebasan bersuara - Anifah

Bernama
Bernama
29/01/2015
12:46 MYT
Akta Hasutan tidak sekat kebebasan bersuara - Anifah
ANIFAH: Akta Hasutan tidak sekat kebebasan bersuara - Gambar fail
Keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mengekang kebebasan bersuara tetapi mengelak tindakan-tindakan melampaui batas hingga memupuk sentimen kebencian dan fahaman pelampau.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan bahawa kerajaan mengambil keputusan mengekalkan Akta Hasutan demi kepentingan negara dan rakyat.
Menurutnya tindakan kerajaan itu akan membawa manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan, kemakmuran dan keharmonian antara kaum serta mmembendung fahaman pelampau agama dan kaum di negara ini.
"Malaysia memandang berat kenyataan Menteri Luar Kanada, John Baird, berhubung kebebasan bersuara di Malaysia berikutan keputusan kerajaan mengekal dan memperkukuhkan Akta Hasutan 1948," kata Anifah dalam kenyataan di sini hari ini.
Anifah berkata Malaysia ingin menegaskan bahawa keputusan untuk mengekalkan dan memperkukuhkan akta tersebut adalah demi kepentingan memelihara keamanan dan kestabilan bagi memastikan tiada pihak menghasut ketegangan agama dan kaum yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keselamatan negara.
Dua hari lepas, Baird dilaporkan telah menyeru kerajaan Malaysia tidak menggunakan Akta Hasutan secara tidak demokratik untuk mengunci mulut pengritik terhadap kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata kebebasan bersuara adalah penting dalam mana-mana sistem demokrasi dan mereka berharap untuk melihat kemajuan berhubung isu tersebut.
Topic Berkaitan
#Anifah
#hasutan
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan