awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta ILTIZAM kurangkan kerenah birokrasi, percepat urusan rakyat

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/12/2025
04:12 MYT
Akta ILTIZAM kurangkan kerenah birokrasi, percepat urusan rakyat
Syuhaida berkata, Akta ILTIZAM digubal khusus untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 atau Akta ILTIZAM menjadi antara pemacu utama di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, sekali gus menyasar pengurangan kerenah birokrasi yang lama dikaitkan dengan urusan rakyat dengan kerajaan.

Ringkasan AI
  • Akta ILTIZAM menjadi pemacu utama di bawah Reformasi Perkhidmatan Awam, bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi yang membebankan rakyat dengan kerajaan.
  • Pelaksanaan Akta ILTIZAM mengutamakan konsep penciptaan bersama dengan rakyat dan perniagaan, bukan lagi pendekatan "government knows best".
  • Inisiatif seperti LIMAS untuk lesen perniagaan serta QMS untuk pembaharuan pasport mempercepatkan proses, mengurangkan beban birokrasi, dan memenuhi keperluan rakyat serta komuniti perniagaan.

Pengarah Bahagian Reformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Syuhaida Abdul Wahab Zen, menjelaskan akta berkenaan digubal khusus untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan, dengan beberapa panduan utama termasuk sasaran pengurangan sekurang-kurangnya 25 peratus beban kawal selia dan pelaksanaan dasar “satu masuk, satu keluar” bagi instrumen kawal selia.
Katanya, pelaksanaan Akta ILTIZAM tidak lagi berasaskan pendekatan “government knows best”, sebaliknya mengangkat konsep penciptaan bersama (co-creation) bersama rakyat dan komuniti perniagaan.
“Kita mewujudkan sesuatu itu bersama-sama dengan stakeholders dan pelanggan. Apa cadangan daripada pelanggan, apa yang kerajaan boleh beri manfaat melalui penciptaan bersama ini. Jadi ia bukan lagi kerajaan buat semua, rakyat cuma terima,” jelasnya.
Menerusi program Rancakkan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam, katanya, kerajaan menyediakan ruang libat urus langsung menerusi reruai kementerian dan agensi, termasuk platform seperti gallery walk untuk orang ramai menulis cadangan penambahbaikan dan menilai inisiatif sedia ada.
Mengulas contoh pengurangan birokrasi, beliau berkata urusan pembaharuan lesen perniagaan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini beralih sepenuhnya kepada talian, menggantikan keperluan mengisi pelbagai borang dan hadir secara fizikal.
“Pembaharuan lesen perniagaan daripada satu hari kepada serta-merta. Dulu banyak borang dan perlu hadir fizikal. Sekarang guna sistem dalam talian, License Information and Management System (LIMAS). Isi dalam talian dan boleh dapat serta-merta. Jadi lebih pantas dan tak lagi membebankan,” katanya.
Beliau turut berkongsi penambahbaikan urusan pembaharuan pasport, yang kini menggunakan sistem pengurusan giliran (QMS) membolehkan orang ramai memilih waktu kehadiran tanpa perlu beratur panjang seperti sebelum ini, dengan tempoh menunggu disingkatkan sehingga sekitar satu jam.
Selain itu, penggunaan kemudahan seperti MyBorderPass di pintu masuk negara terutamanya di KLIA mempercepatkan proses imigresen apabila rakyat hanya perlu mengimbas kod QR di mesin yang disediakan.
“Sekarang di KLIA dah tak perlu beratur panjang di kaunter, hanya guna MyBorderPass, scan dan dalam beberapa saat kita dah boleh lepas. Banyak perubahan yang dibuat, semuanya untuk memenuhi keperluan rakyat dan komuniti perniagaan,” ujarnya.
Menurut Syuhaida, pengalaman lapangan Skuad Pemantau ARPA yang diterajui oleh JPA, PACU, MPC dan Unit Pantau MADANI ke ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya menunjukkan kesesakan di kaunter imigresen semakin berkurang. Inisiatif ini selari dengan matlamat Akta ILTIZAM untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, responsif dan berpaksikan rakyat.
AWANI Pagi: Akta iltizam memacu agenda reformasi perkhidmatan awam
Topic Berkaitan
#perkhidmatan awam
#Akta Iltizam
#JPA
#birokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan