Akta Pampasan Pekerja 1952 yang diguna pakai di negara ini bakal dimansuhkan bagi membolehkan perlindungan sama rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata perkara itu selaras dengan komitmen kerajaan mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja-pekerja asing yang kini dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah akta berkenaan.
Beliau yang dipetik Bernama menjelaskan, langkah itu juga adalah kehendak konvensi yang telah dipersetujui dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
"Ini mustahak kerana kita nak sama-ratakan antara pekerja dalaman dan asing, ini juga adalah kehendak konvensi yang kita telah setuju dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa," katanya kepada sidang media selepas majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-25 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusan Kabinet meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Jan depan.
Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan dan kerajaan mempunyai sistem kawalan perlindungan lebih efisyen.
"Ia akan beri pengetahuan lebih luas kepada kita dalam data, yang mana kita akan dapat tahu berapa pekerja asing pada bila-bila masa dengan serta merta, berapakah pekerja-pekerja asing bekerja, sektor mana mereka bekerja, syarikat mana dan majikan mana.
"Bermakna kita akan tahu juga sama ada majikan mencarum atau tidak, maka kalau dia tidak mencarum maka kita boleh beritahu Imigresen dan polis untuk cari mereka supaya tindakan diambil," katanya.
Beliau juga berkata dengan proses pemansuhan akta ini sedang berjalan, skim pampasan pekerja asing ini tidak lagi diaktifkan untuk pembaharuan dan pendaftaran baharu.
Astro Awani
Thu Nov 29 2018
KULA SEGARAN: Pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan - Kula Segaran
Akta Pampasan Pekerja 1952 akan dimansuhkan antara lain bagi membolehkan perlindungan sama-rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di dalam negara ini.