awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
19/01/2024
10:22 MYT
Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Gambar fail/BERNAMA
KAJANG: Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata banyak negara telah melaksanakan sistem itu yang mengekalkan kerajaan dalam tempoh penggal tertentu.
"Kalau kita lihat ini (parlimen berpenggal tetap) sebagai tidak demokratik, banyak negara di dunia ini (disifatkan sebagai) tidak demokratik sebab penggal (kerajaan) mereka adalah tetap.
"...bermakna di Amerika Syarikat, Filipina atau Indonesia itu juga (akan dianggap) tidak demokratik sebab penggal (presiden) mereka adalah tetap," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab program Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk "Akta Antilompat Parti dan Kestabilan Kerajaan" di sini, hari ini.
Bagaimanapun Wan Junaidi berkata Akta Parlimen Berpenggal Tetap, sekiranya dikuatkuasakan, akan menggugurkan kuasa Perdana Menteri untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU).
"Kalau kita tetapkan tarikh PRU dalam masa lima tahun, maknanya kuasa Perdana Menteri itu yang kita tarik sebenarnya, iaitu untuk menentukan bila boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon baginda membubarkan Dewan Rakyat.
"Walaupun dalam Perlembagaan mengatakan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa iaitu kuasa yang kedua untuk menangguhkan pembubaran Dewan Rakyat apabila diminta Perdana Menteri, tetapi berapa lama Yang di-Pertuan Agong menangguhkan itu tidak ada disebut," katanya.
Pada 13 Jan lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Cadangan itu dikemukakan bagi memastikan tidak berlaku lagi peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Parlimen Berpenggal Tetap
#Yang Dipertua Dewan Negara
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#tidak demokratik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan