Cadangan mewujudkan akta baharu melibatkan pembangunan wanita akan dibawa ke Kabinet awal tahun depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata ketika ini kajian dan penyelidikan secara menyeluruh sedang dijalankan supaya ia boleh diterima pakai di Malaysia.
Akta itu, katanya, amat penting kerana seiring dengan Dasar Wanita Negara pada masa ini yang berhasrat menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita.
"Ini bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesamaan gender," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu susulan lawatan dan perjumpaan beliau bersama Presiden Institut Pembangunan Wanita Korea, Myung-Sun Lee di Korea.
Beliau berkata pada masa ini Malaysia hanya mempunyai dasar berkaitan pembangunan wanita dan tidak mempunyai akta seperti di Korea.
Pada perjumpaan itu, kedua-dua pihak juga berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan tentang usaha memajukan kaum wanita dari segi pembangunan ekonomi negara.
Rohani berada di Seoul, Korea bagi menghadiri Forum Berkaitan Keluarga Menteri-menteri Asia Timur ke-6 dari 1 hingga 5 Disember.
Beliau berkata kewujudan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara yang sedia ada di negara ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan golongan wanita terus mendapat pembelaan sewajarnya.
Malaysia juga diharap dapat mempunyai Institut Penyelidikan Pembangunan Wanita sendiri seperti di Korea supaya dapat meningkatkan aktiviti penyelidikan, penerbitan serta penganjuran seminar dan persidangan bersama dalam isu berkaitan pembangunan wanita dan kualiti gender, katanya.
Bernama
Thu Dec 04 2014
ROHANI: Akta Pembangunan Wanita akan diwujudkan. -Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.