awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta pengurusan sisa pepejal mungkin akan dipinda

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
31/10/2018
10:41 MYT
Akta pengurusan sisa pepejal mungkin akan dipinda
KHALID: Sejak akta ini diwartakan pada 2011, DBKL tidak punyai kuasa dalam aspek sisa pepejal dan pengurusan kuasa tersebut telah diambil alih oleh akta tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata kementeriannya kini mempertimbangkan keperluan untuk meminda Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Katanya pindaan akta itu membolehkan mandat bagi menguruskan sisa pepejal di ibu negara dapat diberikan semula kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau berkata ketika ini tugas pengurusan sisa pepejal adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi dua agensi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan SW Corp disifatkan tidak menunjukkan prestasi yang baik.
“Sejak akta ini diwartakan pada 2011, DBKL tidak punyai kuasa dalam aspek sisa pepejal dan pengurusan kuasa tersebut telah diambil alih oleh akta tersebut.
“DBKL cuma bayar RM260 juta sahaja kepada SW Corp. Setelah tujuh tahun, kementerian kini sedang lihat keberkesanan dan lihat keperluan untuk ubah perundangan sedia ada.
“Kita nak buat penambahbaikan untuk Kuala Lumpur ini jadi bersih dan tugas itu digalas semula oleh DBKl,” katanya semasa menjawab Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan perbahasan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai kebersihan di bandar raya Kuala Lumpur.
Khalid berkata Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang telah diwartakan pada 2011 membabitkan tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Akta Pengurusan Sisa Pepejal
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#Khalid Abdul Samad
#Kuala Lumpur
#Menteri Wilayah Persekutuan
#pinda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan