MALAYSIA
Akta Perhimpunan Aman: Pendekkan tempoh pemberitahuan kepada 48 jam - Bersih

Anas mengakui keperluan pemberitahuan itu adalah penting demi keselamatan orang ramai dan peserta perhimpunan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tempoh pemberitahuan mengenai sesuatu perhimpunan kepada polis seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) perlu dipendekkan kepada 48 jam atau lebih singkat.
Ringkasan AI
- Tempoh lima hari yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman dianggap terlalu lama dan menyekat hak untuk bertindak segera. Cadangan baharu mencadangkan tempoh 48 jam atau lebih pendek, selari dengan amalan negara lain.Seksyen 9(5) Akta 736 yang menghukum penganjur kerana gagal beri notis lima hari telah diisytiharkan tidak berperlembagaan, namun intimidasi terhadap aktivis masih berlaku, menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara.Kementerian Dalam Negeri akan membentangkan pindaan terhadap Akta Perhimpunan Aman dalam sidang Parlimen bermula 21 Julai, susulan keputusan mahkamah dan desakan masyarakat sivil.
“Manakala ada negara-negara lain yang membenarkan notis perhimpunan diberikan dalam tempoh sehari sebelum perhimpunan diadakan.
“Kita bukan hendak katakan bahawa notis ini tidak perlu. Kita faham keperluannya. Polis hendak jaga trafik, jaga keselamatan orang awam dan peserta perhimpunan. Tetapi notis lima hari terlalu mengekang (hak untuk berhimpun),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dalam pada itu, Penyelaras MANDIRI, Hamdin Nordin berkata, walaupun Mahkamah Persekutuan telah menegakkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi penghakiman pada 1 Julai lalu, namun beliau mendakwa intimidasi pihak berkuasa terhadap kumpulan sivil yang membawa suara rakyat di jalanan masih menjadi kebimbangan besar.
"(Selari dengan keputusan mahkamah) kegagalan untuk memberikan notis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan bukan lagi suatu jenayah dan tidak boleh didakwa di mahkamah selepas ini.
“Tetapi realiti yang berlaku ialah intimidasi-intimidasi masih berlaku. Contohnya, Akta Hasutan yang dinyatakan hanya akan digunakan untuk kes-kes berkaitan 3R (Raja, Bangsa dan Agama).
“Tetapi apabila Mukmin (Nantang, Pengasas Borneo Komrad) bercakap mengenai perobohan rumah masyarakat Bajau Laut di Semporna, dia dikenakan Akta Hasutan.
“Oleh itu, yang menyebabkan ramai takut untuk terlibat dalam perhimpunan ini adalah disebabkan oleh ketakutan yang dicipta oleh kerajaan untuk mengawal orang daripada menyatakan kesalahan kerajaan,” jelasnya.
Pada 1 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, yang memperuntukkan hukuman terhadap penganjur yang gagal memberikan notis lima hari lebih awal kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan, kerana tidak konsisten dengan Perkara 10(2)(b) yang dibaca bersama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan itu dibuat susulan cabaran Perlembagaan oleh bekas Setiausaha Agung MUDA Amir Hariri Abd Hadi, yang didakwa pada tahun 2022 kerana gagal memaklumkan kepada polis daerah Dang Wangi lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berkaitan isu perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Pada hari sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan memaklumkan, kementeriannya akan membentangkan pindaan terhadap Akta 736 dalam sidang Parlimen pada Julai ini.
Dewan Rakyat dijadual mula bersidang bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 pada 21 Julai akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami