awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta sumber asli dan alam sekitar akan dikaji semula - Hamim Samuri

Bernama
Bernama
26/12/2015
14:16 MYT
Akta sumber asli dan alam sekitar akan dikaji semula - Hamim Samuri
HAMIM: Kajian semula itu turut mengambil kira kemungkinan menyemak caj-caj ke atas pelancong asing yang memasuki kawasan biodiversiti. - Gambar fail
Akta-akta berhubung sumber asli dan alam sekitar akan dikaji semula bagi memastikan undang-undang yang dikuatkuasakan relevan dengan keadaan semasa.
Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata kajian semula itu akan dilakukan oleh jabatan-jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.
Katanya, kajian akan melibatkan cadangan peruntukan-peruntukan baharu bagi mengawal selia dengan lebih berkesan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kesan negatif terhadap biodiversiti di kawasan jagaan agensi berkenaan.
Hamim bercakap kepada pemberita selepas menamatkan lawatan kerja di sini yang bermula semalam.
Menurutnya, kajian semula itu turut mengambil kira kemungkinan menyemak caj-caj ke atas pelancong asing yang memasuki kawasan biodiversiti.
"Caj yang dikenakan sekarang sebanyak RM5 untuk pelancong asing agak rendah ...memandangkan kos untuk pemuliharaan dan penyelenggaraan telah meningkat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah meminta kerajaan Kedah memperluaskan lagi kawasan Hutan Kekalnya.
Hamim berkata beliau telah dimaklumkan kerajaan negeri itu kini sudah mempunyai kira-kira 300,000 hektar kawasan hutan kekal termasuk di pulau-pulau.
"Saya rasa hutan kekal ini boleh diperluaskan lagi sehingga 500,000 hektar.
"Ini dapat membantu memperluaskan lagi kawasan biodiversiti di negeri ini yang telah menjadi tarikan khususnya pelancong," katanya.
Menurutnya, penduduk setempat yang ditemuinya dalam lawatan itu menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang keperluan memulihara biodiversiti.
Usaha ini membolehkan penduduk berkenaan mengekalkan pendapatan tradisional mereka selain membuka peluang-peluang ekonomi baharu, kata beliau.
Topic Berkaitan
#akta
#alam sekitar
#Hamim Samuri
#sumber asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan