awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti pelancongan di negeri PKPB dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti premis

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2021
12:04 MYT
Aktiviti pelancongan di negeri PKPB dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti premis
Ismail Sabri berkata, kebenaran itu diberikan termasuk di lokasi seperti zoo, akuarium, pusat 'edutainment', taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi dan ladang. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti di premis pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun beliau menegaskan kebenaran itu diberikan dengan operasi pada kadar 50 peratus daripada kapasiti premis dengan penjarakan fizikal.
Katanya, kebenaran itu diberikan termasuk di lokasi seperti zoo, akuarium, pusat 'edutainment', taman semula jadi, sukan ekstrem, rekreasi dan ladang.
"Bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP), aktiviti pelancongan domestik dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal.
"Walaupun kebanyakan sektor dan aktiviti telah dibenarkan, masih terdapat sektor atau aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang yang boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya pada sidang media PKP, di Putrajaya pada Khamis.
Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, kebenaran turut diberikan dengan syarat sama di premis hasil seni budaya dan warisan seperti perpustakaan, muzium, galeri seni, pentas persembahan budaya, pusat hiburan keluarga dan taman tema luar.
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#PKPP
#PKPB
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan