GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).
Kebenaran itu ditetapkan menerusi pekeliling yang dikeluarkan hari ini sebagai garis panduan kepada masyarakat Islam di negeri itu yang akan berkuat kuasa mulai esok (5 Mac) selari dengan perlaksanaan PKPB di negeri tersebut.
Pengarah JHEAIP Mohd Zakuan Zakaria dalam kenyataan hari ini memaklumkan, menerusi pekeliling itu, semua masjid dan surau kini dibenarkan menjalankan aktiviti seperti kuliah subuh, kuliah dhuha dan kelas pengajian agama.
Selain itu, majlis akad nikah, program bantuan kebajikan serta khidmat nasihat diadakan di masjid dan surau turut dibenarkan.
“Kebenaran turut diberikan kepada semua masjid dan surau untuk mengadakan solat Jumat dan solat Fardu dengan kadar bilangan jemaah mengikut keluasan masjid dan ruang yang bersesuaian dengan mengambil kira penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter” katanya..
Selain itu, solat jenazah bukan Covid-19 di masjid dan surau juga dibenarkan mengikut keluasan ruang solat dan aktiviti menziarahi kubur dengan pengamalan kendiri juga dibolehkan.
“Ketetapan ini dibuat melalui perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 2 Mac lalu” ujarnya.
Arahan pelaksanaan aktiviti masjid dan surau di negeri itu akan dikeluarkan dari semasa ke semasa secara berperingkat tertakluk kepada situasi semasa wabak Covid-19.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Mar 04 2021

JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB. - Gambar fail

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Sarawak benar solat di masjid, surau tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April
Sarawak membenarkan solat fardu dan sunat, khutbah serta wirid di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya bermula esok
Aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu subuh esok.