JASIN: Sebuah madrasah swasta yang dahulunya meriah dengan alunan ayat suci al-Quran kini sepi dan terbiar hingga keadaan bersemak samun.
Tinjauan mendapati madrasah yang terletak di tepi Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Batu Gajah dipercayai telah lama tidak berpenghuni.
Malah bangunan utama yang terletak di depan pintu masuk dan dipercayai ruang solat juga didapat tidak terurus hinggakan beberapa siling telah runtuh.
Selain itu terdapat juga bilik-bilik yang yang diletakkan al-Quran dan buku agama dalam keadaan bersepah hingga ke lantai.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengambil tindakan pantas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung madrasah berkenaan.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai isu madrasah berkenaan.
"Saya tidak mahu ulas dahulu, bagaimanapun JAIM sentiasa memantau rapat isu ini dan telah ke lokasi," katanya.
Terdahulu tular beberapa klip video beberapa individu yang menjalankan aktiviti paranormal ke lokasi tersebut dan memaparkan keadaan beberapa bangunan madrasah yang terbiar selain al Quran berada di atas lantai.
Terdapat juga sebuah bas yang dipercayai pernah digunakan oleh pelajar madrasah ditinggalkan di pintu masuk tempat pengajian itu.
Difahamkan madrasah yang menempatkan pelajar lelaki dan wanita termasuk pengajian dewasa dibuka sejak tahun 2008 namun selepas 10 tahun didakwa berdepan masalah pengurusan sebelum dihentikan operasinya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023
Keadaan surau di madrasah berkenaan namun beberapa naskah al-Quran masih dalam keadaan tersusun. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis cekup pasangan kekasih aktif curi tabung derma di Melaka, Johor
Suspek lelaki berusia 33 tahun dan wanita 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota polis.
Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik
Seorang pelajar tahfiz maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memegang mentol lampu di kantin asrama madrasahnya di Jertih.
Sekolah, madrasah di Negeri Sembilan dikaitkan eksploitasi kanak-kanak dipantau
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) susulan aduan yang diterima daripada beberapa pihak.
Kanak-kanak lelaki cedera dirotan
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera pada tapak tangan dan kaki didakwa akibat dirotan oleh tenaga pengajar di sebuah madrasah di Sik.
Al-Quran bersepah atas lantai dalam madrasah terbiar
Bangunan utama yang terletak di depan pintu masuk dan dipercayai ruang solat juga didapat tidak terurus.
90 pelajar tahfiz berdepan detik cemas hadapi banjir
Seramai 90 pelajar tahfiz dan enam guru Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah berdepan detik cemas apabila madrasah mereka dinaiki air secara mendadak.
Tiada kompromi kepada madrasah jalankan penderaan kepada penghuni - Idris
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana madrasah di negara ini yang didapati menjalankan penderaan ala militan kepada penghuninya.
Enggan belajar di madrasah, remaja 13 tahun bunuh rakan
Mayat pelajar berusia 11 tahun itu ditemui ditanam di aras bawah masjid di sekolah pengajian agama berkenaan.
11 pelajar tahfiz cedera, van terbabas elak musang
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera pada mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan.
Kluster Pulau Gadong: Kes positif meningkat kepada 137
Peningkatan dicatatkan selepas keputusan ujian saringan RT-PCR yang dilakukan ke atas semua 224 pelajar dan guru diterima JKN.