awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah

Ali Hamsa sahkan pembatalan pertukaran pegawai kanan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2015
05:54 MYT
Ali Hamsa sahkan pembatalan pertukaran pegawai kanan SPRM
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengesahkan pembatalan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini mengesahkan pembatalan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kedua-dua pegawai SPRM berkenaan menerima arahan pertukaran ke JPM pada Jumaat ketika siasatan polis dijalankan berhubung dakwaan kebocoran dokumen siasatan melibatkan syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ali berkata beliau dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah bertemu kedua-dua pegawai berkenaan, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob pagi ini.
Menurutnya, setelah mendengar penjelasan kedua-dua pegawai terbabit, beliau membuat keputusan membatalkan arahan pertukaran mereka.
Bahri antara individu penting dalam siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya telah buat keputusan membatalkan arahan pertukaran mereka ke Jabatan Perdana Menteri dan mereka akan kembali ke jawatan asal mereka di SPRM berkuatkuasa 10 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan media.
ali hamsa
ali hamsa
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ali Hamsa
#bahri
#JPM
#PDRM
#pembatalan
#pertukaran
#rohaizad
#siasatan
#SPRM
#SRC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.