SEPANG: Penyanyi Mohd Ali Ismail, 56, atau lebih dikenali dengan nama Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi di sini.
Perkara itu dimaklumkan pentadbir laman Facebook Exco Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah pada Khamis.
"Pada jam 11 pagi tadi, YB Borhan Aman Shah menyantuni saudara Ali XPDC (Mohd Ali Ismail) dan menyerahkan sumbangan kerusi roda.
"Kebetulan semasa YB menziarahi saudara Ali di kediamannya, beliau menghadapi sedikit kesukaran kesihatan dan YB membantu menghantar beliau ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," kata pentadbir laman sosial itu.
Terdahulu, media melaporkan isteri vokalis popular itu, Sharifah Azuwanna Syed Joned memaklumkan, kesihatan suaminya semakin merosot sejak awal tahun lalu dan semakin serius sejak Ramadan.
“Bila malam abang memang tak dapat tidur dan hanya tidur dalam keadaan duduk. Saya ada merayu memintanya ke hospital namun abang kata tunggu dulu.
“Meskipun sakit, abang tetap berpuasa penuh serta berulang alik menunaikan solat fardu di masjid dengan dihantar anak kami,” katanya.
Pada 2021, Ali pernah berdepan ujian getir selepas diserang angin ahmar yang turut mengakibatkan jantungnya membengkak.
Sejak itu kesihatan beliau turun naik sehingga mengganggu kerjaya sebagai anak seni.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 18 2024
Ali yang menghadapi sesak nafas dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India, laksana pelbagai inisiatif - PM Anwar
Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Rallies across Asia, M'sia to call for greater labour rights
Some 1,500 workers in Malaysia marched through Dataran Merdeka to demand greater workers' rights, while workers and activists across Asia took to the streets in their respective capitals to mark Labour Day.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.
Ali XPDC sedih tak dapat kerjakan ibadah umrah
Ekoran keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, Ali enggan menyusahkan pihak lain.
Sayu dengar bacaan solat, Ali ralat tidak dapat tunai umrah 10 malam terakhir Ramadan
"Setiap kali dengar laungan bacaan solat Tarawih di surau berdekatan pun jadi sayu."
Bergadai emas buat modal jual kerepek, Ali XPDC syukur diberi peluang kedua
Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."
Berdakwah tentang Islam beri ketenangan, serlah tujuan dalam hidup - bekas vokalis XPDC
Mohd Ali Ismail, atau Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya.
'Selepas dapat nasihat daripada ustaz, saya terima, kerana ingin berdakwah' - Ali XPDC
Setelah 9 tahun akhirnya XPDC kembali dengan buah tangan terbaharu.