awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran bebas pelbagai lorong tol pada 2025, kurangkan kesesakan - Fadillah

Bernama
Bernama
05/10/2022
20:00 MYT
Aliran bebas pelbagai lorong tol pada 2025, kurangkan kesesakan - Fadillah
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025 dalam usaha mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Beliau berkata dengan pelaksanaan MLFF, kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol dan tiada palang tol.
"Seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol mengenai bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya.
"Selepas itu, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF... kita akan mewujudkan command centre (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Media di sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.
Menurut Fadillah, MLFF merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 KKR yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.
Selain itu, Fadillah memaklumkan KKR juga telah memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya.
Beliau berkata ia bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.
Sementara itu, Fadillah berkata kementeriannya akan memfokuskan isu keselamatan jalan raya seperti yang dibincangkan pada Persidangan Dunia ITS kali ke-28 dari 19 hingga 22 Sept lepas di Los Angeles, Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kerja Raya
#Fadillah Yusof
#Aliran Bebas Pelbagai Lorong
#plaza tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan