awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik ibu kota sempena KL City Grand Prix 2015 lancar

Bernama
Bernama
07/08/2015
04:03 MYT
Aliran trafik ibu kota sempena KL City Grand Prix 2015 lancar
Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar sempena acara perlumbaan KL City Grand Prix 2015 yang bermula hari ini sehingga Ahad dilapor lancar sehingga 11.30 pagi ini. -Foto Facebook
Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar sempena acara perlumbaan KL City Grand Prix 2015 yang bermula hari ini sehingga Ahad dilapor lancar sehingga 11.30 pagi ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata laluan trafik lancar dari arah Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultan Iskandar, Bulatan Pahang, Jalan Pahang dan Lebuhraya Persekutuan.
"Setakat ini aliran trafik terkawal dan kira-kira 90 pegawai termasuk anggota ditempatkan sekitar bandar raya bagi memastikan kelancaran lalu lintas sempena acara perlumbaan itu berlangsung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hari ini lima jalan utama sekitar ibu kota ditutup bermula 6 pagi sehingga 6 petang sempena acara itu.
Lima jalan terlibat ialah Jalan Ampang ke KLCC, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak dan Jalan P. Ramlee.
Topic Berkaitan
#KL City Grand Prix
#markandan
#perlumbaan
#Pusat bandar
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan