awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam tadi

Bernama
Bernama
08/06/2025
20:15 MYT
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam tadi
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai perlahan setakat 8 malam tadi, susulan pergerakan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mulai perlahan setakat 8 malam tadi, susulan pergerakan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dari arah utara ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk Alor Setar Selatan ke Sungai Petani, Bandar Cassia ke Taiping dan Sungai Perak ke Ipoh.
Turut dilaporkan perlahan dari Gopeng ke Sungkai dan Behrang menuju ke Rawang.
Bagi aliran trafik dari arah timur ke Lembah Klang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dilaporkan perlahan di Lanchang ke Plaza Tol Karak, Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau saluran WhatsApp LLM Info Trafik serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#trafik lebuh raya
#trafik perlahan
#PLUS
#hari raya aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan