awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham minta agar sumbangannya tidak didedahkan - bekas wartawan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
05/04/2015
12:03 MYT
Allahyarham minta agar sumbangannya tidak didedahkan - bekas wartawan
Selama hampir 10 tahun, Jamaluddin telah memberi zakat peribadi kepada rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia, tanpa pengetahuan sesiapa.
"Selama hampir 10 tahun, Allahyarham telah menyumbang zakat peribadi kepada sebuah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia, tanpa pengetahuan sesiapa."
Itu antara ciri yang ada pada Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis seperti mana yang didedahkan bekas wartawan Syahril Kadir.
Menurutnya, Allahyarham akan menghubunginya untuk menghantar wang zakat tersebut kepada anak-anak yatim mangsa gempa bumi di sana, terutamanya menjelang musim Lebaran.
“Selalunya saya bersama dua tiga orang kepercayaan beliau akan bekerja sama setiap kali misi bantuan ini dijalankan.
“Selain anak yatim mangsa gempa bumi yang beragama Islam, Tan Sri atas dasar kemanusiaan juga pernah mengarahkan kami menyalurkan sumbangan kepada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Kristian di pulau itu.
“Kali terakhir saya membawa wang zakat Tan Sri ke sini ialah kira-kita empat bulan lepas...dan untuk pengetahuan semua, bukan ini saja sumbangannya malah banyak lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti,” kata Syahril menerusi laman media sosialnya semalam.
Syahril berkata Allahyarham turut meminta agar sumbangannya tidak didedahkan kepada umum selagi hayat dikandung badan.
"'Selagi saya hidup, tak payahlah cerita benda ini, itu kata Allahyarham kepada saya," jelas Syahril.
Syahril menceritakan kepada Astro AWANI bahawa perkenalannya dengan Allahyarham bermula lebih kurang 10 tahun lalu semasa beliau membuat liputan gempa bumi di Sumatra.
Allahyarham, menurut Syahril, adalah antara pemimpin yang disenangi kalangan wartawan.
“Dari segi kewartawanan, Allahyarham antara pemimpin kerajaan yang sangat mudah didekati dan mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup tinggi. Ini memudahkan kami melakukan sebarang tugasan yang memerlukan kita merujuk kepada pihak kepimpinan tertinggi negara.
“Begitu juga apabila beliau menjadi pengerusi backbenchers dulu di Parlimen, beliau sentiasa ada, beliau ramah dan sangat mesra. Boleh berlawak dan bergurau-senda.
“Ini membuatkan kita tidak rasa kita sedang berurusan dengan seorang pemimpin tertinggi seperti beliau. Sebab itu kehilangan Allahyarham dirasai oleh kami pihak media,” katanya mengakhiri perbualan.
Topic Berkaitan
#anak yatim
#Jamaluddin Jarjis
#senyap
#zakat peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan