NATIONAL
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Esma Daniel turut terkesan dengan pemergian mangsa nahas helikopter, Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi. - Gambar Facebook Esma Daniel.
KUALA LUMPUR:Rancangan Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi yang terkorban dalam nahas helikopter di Taman Melawati, Ampang, untuk terbabit dalam pembikinan sebuah filem berkaitan penerbangan tidak kesampaian.
Perkara itu didedahkan pelakon Esma Daniel, yang terkejut apabila mengetahui berita nahas yang berlaku kira-kira 11.20 pagi Ahad itu.
Pengarah filem Zaiton: Ceritaku itu berkata, beliau dan Allahyarham berbincang pada Ogos lalu untuk bersama-sama menjayakan pembikinan filem berkenaan.
Sumber Facebook esmadaniel2010
"Arwah sangat teruja dan dalam masa sama saya akan menyediakan naratif cerita bagi menghasilkan sebuah filem aviation (penerbangan).
"Namun PKPB menjadikan sedikit sebanyak melambatkan usaha yang hendak dilaksanakan," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya pada Ahad.
Jelas Esma lagi, Allahyarham Mohd Irfan juga dikenali sebagai individu pertama yang menerbangkan dron di Malaysia.
"Semoga arwah disemadikan bersama para syuhada. Salam takziah daripada saya buat keluarga dan rakan-rakan beliau. Al-Fatihah," katanya.
#Esma Daniel
#helikopter
#Nahas
#Taman Melawati
#penerbangan
#helikopter terhempas
#tragedi helikopter
#Mohd Irfan Mohamed Rawi