awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allaudeen dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

Sinar Harian
Sinar Harian
14/08/2023
07:54 MYT
Allaudeen dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Azri (kiri) memakaikan pangkat pada Allaudeen yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur baharu. - Foto Sinar Harian /ASRIL ASWANDI SHUKOR
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Isnin.
Allaudeen menggantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini dengan disaksikan Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.
Mohd Shuhaily (kiri) menyerahkan simbolik tongkat kuasa kepada Allaudeen sambil disaksikan Azri (tengah) ketika majlis serah terima tugas di IPK Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Sinar Harian /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Mohd Shuhaily (kiri) menyerahkan simbolik tongkat kuasa kepada Allaudeen sambil disaksikan Azri (tengah) ketika majlis serah terima tugas di IPK Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Sinar Harian /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Azri mengucapkan tahniah kepada Mohd Shuhaily atas perkhidmatan cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.
"Saya yakin, sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan Polis Kuala Lumpur, beliau sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur.
 Azri memeriksa perbarisan ketika majlis serah terima tugas di IPK Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Sinar Harian /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Azri memeriksa perbarisan ketika majlis serah terima tugas di IPK Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Sinar Harian /ASRIL ASWANDI SHUKOR
"Semoga pertukaran beliau ke tempat baharu selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM akan memberikan lebih peluang untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan terus menempa kejayaan," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Allaudeen Abdul Majid
#pelantikan
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan