MALAYSIA

Alliance Bank Tawau ditutup selepas dua kakitangan positif COVID-19

Bernama 18/10/2020 | 12:20 MYT
Kedua-dua pekerja itu kini sedang menjalani rawatan perubatan di hospital kerajaan yang dilantik.
KUALA LUMPUR:Alliance Bank Malaysia Bhd terpaksa menutup cawangan Tawau selepas dua kakitangannya dijangkiti COVID-19.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pekerja itu kini sedang menjalani rawatan perubatan di hospital kerajaan yang dilantik.

"Pihak bank terpaksa menutup cawangan Tawau dan kawasan e-Lobi pada 16 Okt 2020, dan semua kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan pengesahan bahawa salah seorang pengawal keselamatannya telah diuji positif.

"Cawangan di Tawau dan e-Lobi bank sedang dibersihkan dan disanitasi," katanya.

Cawangan tersebut akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.

-- BERNAMA
#alliance bank tawau #kakitangan #positif COVID-19 #dua kakitangan #cawangan #ujian saringan #kuarantin #dirawat di hospital