awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
10/02/2025
01:50 MYT
Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Anwar ketika berucap di perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Amalan Ramadan mempunyai kaitan dengan Kerajaan MADANI yang memberi penekanan terhadap aspek kerohanian dan penetapan nilai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.
"Dalam negara MADANI ini, amalan Ramadan itu ada kaitan kerana ia memberi satu aspek kerohanian dan penetapan nilai.
"Ramadan itu memberikan satu penegasan tentang disiplin, tentang kekuatan rohani dan keyakinan dan juga sifat yang lebih sederhana, yang lebih prihatin kepada nasib masyarakat yang tersisih dan terbiar.
"Jadi selalunya ulama menggesa kita mempersiapkan dengan sekurang-kurangnya pemahaman, bacaan yang lebih luas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.
Tambah beliau, mesej ini turut terkandung dalam kitab Ihya Ulumuddin yang dianggap salah satu karya teragung Imam Ghazali tentang puasa.
"Satu signifikan kerohanian, kalau tidak dia jadi satu ritual lapar dan dahaga, tetapi tidak ada mesej dari segi pembaikan karakter, akhlak, pepumukan nilai dan keprihatinan terhadap nasib rakyat dan bangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#Ramadan
#Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan