KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan meneruskan amalan pimpinan terdahulu yang selalu mengumumkan projek-projek pembangunan ketika melakukan lawatan di negeri-negeri terutama ketika menjelang pilihan raya.
Menurut Anwar, keputusan berbuat demikian hanya boleh dibuat selepas penelitian dan persetujuan agensi-agensi di peringkat Pusat yang terlibat dalam sesuatu projek.
"Saya nak sebut kepada semua, (adalah) bukan amalan saya (untuk umum sesuka hati berkenaan projek)… jangan harap Perdana Menteri datang sini untuk menangi hati rakyat (dengan) umum projek itu (dan) ini.
"(Sebenarnya, jika) kita nak umum projek-projek (tertentu), kena (ada) penelitian, kena (ada) persetujuan agensi-agensi terlibat di peringkat Pusat, supaya (pengumuman itu) jadi sesuatu yang proper (betul).
"Jika tidak, kita umum projek (tetapi) tidak ada apa pun yang berlaku, berapa ratus projek di Perlis mereka (kerajaan sebelum ini) umum (tetapi) belum jalan, terutama sebelum pilihan raya… banyak projek.
"Saya tidak mahu teruskan amalan itu, saya (hanya) akan putuskan selepas (sesuatu keputusan mengenai projek itu) muktamad, baru kita lakukan (pengumuman dan sebagainya)," kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Menteri kepada penjawat awam negeri Perlis di Dewan 2020, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menghargai semangat kerjasama yang diamalkan kerajaan negeri Perlis bersama dengan kerajaan Persekutuan meskipun berbeza fahaman politik dan kepartian.
Kata beliau, perkara ini dapat memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk memfokuskan pada program-program yang bakal memberi kepentingan yang besar kepada rakyat.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jan 16 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak akan meneruskan amalan pimpinan terdahulu yang selalu mengumumkan projek-projek pembangunan ketika melakukan lawatan di negeri-negeri terutama ketika menjelang pilihan raya. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Amalan umum projek di negeri dilawati tidak akan diteruskan - PM
Jangan harap Perdana Menteri datang untuk menangi hati rakyat dengan umum projek itu dan ini, tegas Anwar.