Padah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik lelaki, seorang tukang kebun terpaksa menghuni lebih lama di dalam penjara selepas hukuman penjara ke atasnya ditambah daripada empat tahun kepada lapan tahun.
Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara terhadap Mohd Sabarudin Zulkifli, 36 tahun.
Pihak pendakwaan mengemukakan alasan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini terlalu ringan yang tidak memadai dengan kesalahan dibuat, memandangkan mangsa adalah dalam kalangan kanak-kanak di sekolah tertuduh berkhidmat.
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman tiga sebatan terhadap tertuduh dan pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pada 11 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tertuduh ketika itu berdepan tiga pertuduhan dikenakan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan bagi setiap kesalahan namun mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 25 november 2019 diikuti hukuman penjara bagi pertuduhan ketiga.
Bagaimanapun pada Selasa, Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan dibuat sebelum ini dengan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. Sementara itu, hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua diperintah berjalan serentak bermula tarikh tangkap, diikuti hukuman penjara bagi pertuduhan ketiga.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 13 tahun di dalam stor di belakang sebuah sekolah di daerah ini pada 23 November lalu.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 15 tahun di lokasi sama pada 10 Ogos lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Akhbar sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki masing-masing berusia 13 dan 15 tahun berdepan detik hitam selepas mendakwa menjadi mangsa liwat seorang lelaki.
Astro Awani
Tue Aug 25 2020

Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara terhadap Mohd Sabarudin Zulkifli, 36 tahun. - Astro AWANI
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.