awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran cuaca buruk di Pantai Timur hingga Jumaat - MetMalaysia

Bernama
Bernama
24/11/2020
06:57 MYT
Amaran cuaca buruk di Pantai Timur hingga Jumaat - MetMalaysia
Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung hingga Jumaat ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata keadaan itu melibatkan lima kawasan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai selain Terengganu dan Kuantan, Pahang.
"Pada masa sama, amaran cuaca buruk yang dikemas kini 11.30 pagi tadi menunjukkan terdapat pertambahan kawasan untuk amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga Jumaat ini di tiga daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
"Cuaca itu diramal akan turut melibatkan lima daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Gua Musang dam enam daerah di Pahang iaitu Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin," katanya dalam kenyataan.
Turut diletakkan dalam kategori amaran itu ialah Perlis dan lapan kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling yang akan berkuat kuasa dari 26 hingga 27 Nov.
Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh itu, katanya.
Menurutnya kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#Jailan Simon
#Kota Bharu
#Bachok
#machang
#Pasir Puteh
#Kuala Krai
#Tumpat
#Pasir Mas
#jeli
#Tanah Merah
#Gua Musang
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan