KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Feb ini.
MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari tadi memaklumkan, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Selangau, Mukah, Daro, Matu, dan Dalat di Sarawak, serta Sandakan, Telupid, Beluran dan Kudat di Sabah.
Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi), Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah, Tanjung Manis, Kapit (Song) an Bintulu) serta Ranau, Kota Belud dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.
Dalam pada itu, hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku pada hari ini di Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan meminta negeri-negeri mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah, serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.
"Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara, dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023


Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok
Antara lain, ia melibatkan Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Amaran hujan lebat berterusan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sarawak hingga esok.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Amaran hujan berterusan di empat negeri sehingga 1 Feb
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor sehingga 1 Feb ini.

Hujan berterusan diramal di Terengganu, Kelantan, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan.

Amaran hujan berterusan di Sarawak ditamatkan - MetMalaysia
Amaran hujan berterusan (waspada) yang dikeluarkan pada 2.05 petang, 29 Dis lepas bagi Sarawak ditamatkan.

Amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor sehingga Khamis
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini (22 Dis).

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di lapan negeri
Hujan yang sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan diramalkan di Kelantan dan Pahang.

Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok - MetMalaysia
Hujan berterusan diramal berlaku di pantai timur semenanjung berikutan angin timuran yang dijangka bertiup kencang.